Semusim Dipinjamkan Ke Pahang, Kumaahran Sudah Bersedia ‘Balik Kampung’?

kumaahran pahang 2020 pulau pinang

Penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), S. Kumaahran ketika ini sedang dikaitkan bakal kembali beraksi bersama pasukan kampung halamannya, Pulau Pinang.

Menurut maklumat daripada wartawan The Star, T. Avineshwaran, belum diketahui mengenai status perpindahan tersebut sama ada ianya adalah perpindahan tetap atau dipinjamkan seperti beliau dipinjamkan ke Pahang sepanjang musim 2020. Namun, dengan persaingan sengit di JDT, peluang untuk beliau kekal di sana agak sukar.

Pada usia 24 tahun, mungkin Kumaahran akan dipinjamkan sahaja berbanding pemain seperti Rozaimi Abdul Rahman yang telah berusia 28 tahun, yang akhirnya mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan bagi memburu minit permainan.

Sudah tentunya beliau mahu melonjak kariernya bagi membantunya untuk bersama skuad kebangsaan. Rakan sekampungnya, Faisal Halim yang kini dikaitkan dengan perpindahan ke Terengganu FC sudah kerap beraksi di Liga Super, berbanding dirinya yang sebelum ini lebih banyak digunakan di Liga Premier bersama JDT II.

Mereka bergabung ketika di Pahang, di mana Kumaahran dipinjamkan untuk tempoh semusim oleh JDT bagi beliau mengasah semula permainannya di saingan utama Liga Malaysia. Begitupun, Dollah Salleh dilihat banyak menggunakannya untuk posisi baru.

Disebabkan Pahang ketika itu kehilangan bek kanan, Matt Davies yang berhijrah ke JDT, kehadiran Kumaahran – penyerang sayap kanan telah menjadikannya calon paling cepat untuk menggantikan Matt Davies – dan ianya dilihat berjaya.

Kumaahran telah mendapat sebanyak 771 minit permainan dalam 10 penampilannya bersama Tok Gajah walaupun bukan di posisi asalnya. Dan dengan Pulau Pinang telah sah akan kembali ke Liga Super, Kumaahran mungkin merasakan, inilah masanya.

Pengendali pasukan, Manzoor Azwira sebelum ini ada menjelaskan kepada Semuanya BOLA yang mereka sentiasa melihat kepada kemungkinan untuk membawa pulang pemain-pemain yang berasal daripada Pulau Pinang termasuklah Faisal Halim.

Jadi, melihat kepada ‘formula’ itu, kemungkinan untuk Kumaahran kembali bersama Harimau Kumbang amatlah besar. Beliau meninggalkan Pulau Pinang dan berhijrah ke JDT pada musim 2018 bersama tiga bintang muda meningkat naik, iaitu Syamer Kutty Abba yang juga ke JDT dan Jafri Firdaus Chew yang memilih PKNS FC.

KREDIT FEATURED IMAGE: PAHANG FA

Baca lagi artikel lain mengenai S. Kumaahran dan Pulau Pinang:

10 Pemain Muda Pulau Pinang (Bawah-23) Berpotensi Besar Yang Perlu Anda Kenal

Empat Tonggak Pulau Pinang ‘Ditambat’ Semula Termasuk Casagrande

S. Kumaahran Bersyukur Terpilih, Sedia Untuk Bermula Semula

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN