RASMI: Fazly Mazlan & Kumaahran Perkuatkan Pahang

JDT mengumumkan bahawa dua orang pemainnya akan menyertai pasukan Pahang secara pinjaman. Mereka ialah S.Kumaahran dan Fazly Mazlan.

Kedua-dua pemain mahu mendapatkan lebih banyak minit perlawanan. Pahang dilihat sebagai destinasi yang terbaik untuk mereka.

Mewakili JDT, Pengarah Teknikal Johor Darul Ta’zim Alistair Edwards (gambar bawah), mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-dua pemain tersebut.

Pahang agak perlahan sedikit dalam jendela perpindahan pra musim kali ini. Sehingga ada peminat mereka merindui kemaskini daripada media rasmi pasukan.

Fazly Mazlan merupakan pemain bek kiri yang pernah menikmati musim terbaiknya sebelum ini. Namun beluau hilang tempat dalam kesebelasan utama.

Kehadiran pemain seperti Corbin Ong menyukarkan lagi beliau untuk mendapatkan semula tempatnya. Musim sebelum ini beliaun diturunkan ke pasukan JDTII.

Dan kini, beliau boleh bangkit dalam aksi tertinggi dalam Liga Malaysia sekali lagi bersama dengan Pahang.

Walaubagaimanapun, beliau perlu bersaing dengan pemain seperti Faizal Rosli dalam skuad Pahang.

S. Kumaahran merupakan bakat prospek yang menyertai JDT dari Pulau Pinang. Beliau banyak beraksi dalam skuad Harimau Muda.

Kumaahran boleh bermain sebagai penyerang utama ataupun penyerang sokongan di dalam padang.

Leave a Reply