Tewas Kepada Atletico Madrid, Projek ‘Barcelona Baharu’ Koeman Dipersoal

Atletico Madrid Barcelona

Atletico Madrid menamatkan badi 10 tahun tanpa kemenangan ke atas Barcelona dengan menundukkan kelab Catalan itu 1-0 hasil jaringan Yannick Carrasco dalam saingan La Liga di Wanda Metropolitano pada Sabtu.

Lebih manis lagi, kemenangan tersebut turut meletakkan skuad kendalian Diego Simeone itu naik kedudukan kedua carta liga dengan 20 mata manyamai pendahulu Real Sociedad dan malah turut memiliki kelebihan satu perlawanan dalam tangan.

Pasukan tuan rumah yang beraksi tanpa Luis Suarez yang disahkan positif COVID-19 memiliki deretan peluang pada awal permainan dengan percubaan Saul diselamatkan penjaga gol Marc Andre Ter-Stegen dan kemudian rembatan Marcos Llorente sekadar singgah di palang gol.

Namun kesilapan Ter-Stegen  yang meninggalkan gawang gol pada masa kecederaan babak pertama dimanfaatkan oleh Carrasco yang bijak membuat kuisan memperdayakan penjaga gol Jerman tersebut dan merembat dari jauh untuk memecah kebuntuan.

Lebih malang buat Barcelona apabila tonggak pertahanan mereka Gerrard Pique terpaksa dikeluarkan selepas satu jam perlawanan berlangsung kerana mengalami kecederaan pada lututnya dan disahkan perlu direhatkan sekurang-kurangnya untuk tempoh enam minggu.

Mereka sebelum itu sudah pun kehilangan khidmat pemain muda berbakat Ansu Fati yang baru sahaja selesai menjalani pembedahan lutut.

Pengurus Barcelona, Ronald Koeman yang ditemubual selepas perlawanan tidak percaya pasukannya tewas dan meletakkan beban kesalahan kepada pemainnya yang dianggap melepaskan gol terlalu mudah.

“Kami tak sepatutnya benarkan pasukan dibolosi gol seperti itu. Gol itu jelas kerana kesilapan mudah, kamu tak sepatutnya kehilangan bola terlalu mudah seperti itu,” kata jurulatih warga Belanda itu merujuk kepada kesilapan Pique.

Sejak mengambil alih pasukan, jurulatih berusia 57 tahun itu telah tewas tiga daripada lapan perlawanan liga termasuk dua kekalahan kepada dua seteru utama selepas mereka turut tewas kepada Real Madrid 3-1 sebelum ini.

Pemerhati bola sepak kini mula mempersoalkan kemampuan Koeman untuk membina era baharu Barcelona selepas pasukan tersebut kini hanya berada di kedudukan ke-10 liga dengan ketinggalan sembilan mata di belakang pendahulu.

“Saya tidak risau dengan kedudukan kami dalam carta liga sekaran ini, kami hanya perlu fokus untuk menang perlawanan-perlawanan seterusnya, itu yang lebih penting sekarang ini,” ujarnya lagi.”

Beliau turut menolak tanggapan bahawa sebahagian besar pemain dan pengurusan kelab telah mula hilang kepercayaan terhadapnya.

“Sekarang bukan masa untuk bercakap mengenai perara itu, kami hanya perlu bekerja keras untuk memperbaiki keputusan. Semua pemain telah melakukan apa yang termampu untuk menyamakan kedudukan.”

Saksikan sorotan perlawanan di antara Atletico Madrid dan Barcelona di sini:

Baca jug artikel kami yang lain mengenai perkembangan Barcelona:

Barcelona Buru Pertahanan Tengah Kos Rendah, Rudiger Jadi Pilihan

Barcelona Berdepan Risiko Bankrup Jika Pemain Tolak Pemotongan Gaji

‘Pasukan Itu Tiada Apa’ – Pengurus Benfica Tolak Perbandingan Dengan Barcelona

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN