Penyokong Kelantan Kecewa Logo Baharu TRW Guna Imej Rusa Bukan Kijang

TRW Kelantan FC

Sebaik sahaja pemenang logo baharu Kelantan FC diumumkan, timbul perdebatan dan pertikaian dalam kalangan penyokong The Red Warriors (TRW) mengenai imej haiwan yang digunakan dalam logo yang dipilih iaitu seekor rusa.

Ianya berikutan haiwan yang sebenarnya sinonim dengan imej negeri Kelantan adalah kijang emas. Ia merujuk kepada sejarah negeri pantai timur itu di mana Che Siti Wan Kembang sebagai Permaisuri Kelantan sangat kasih kepada anak kijang kenchana sehingga haiwan tersebut dijadikan lambang jata kebesaran negeri.

Pengumuman tersebut dibuat menerusi akaun rasmi media sosial pasukan yang turut memberikan penjelasan tentang maksud disebalik penghasilan logo tersebut.

Kredit Foto: TRW Kelantan FC

Logo tersebut dipilih sendiri oleh pemilik TRW Kelantan FC, Tuan Norizam Tukiman dan pemenang akan menerima hadiah wang tunai bernilai RM3,000. Semua 10 orang finalis pertandingan logo tersebut masing-masing akan mendapat jersi eksklusif.

Bagaimanapun, berdasarkan info tambahan dalam pengumuman pemenang tersebut dinyatakan bahawa logo yang dipilih itu masih belum muktamad dan akan diubah mengikut kesesuaian dan citarasa pemilik kelab.

Ianya mungkin respon kepada komen-komen yang telah diberikan oleh penyokong dalam hantaran berkenaan.

Kredit Foto: TRW Kelantan FC

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Tindakan PBNP Tidak Betul, Mereka Tiada Kuasa Pun Untuk Gantung Sumareh

Irfan Bakti: TM Piala Malaysia 2020 Wajar Diteruskan

Marzuki Sulong Tak Pernah Terima Apa-Apa Elaun Sebagai Timbalan Presiden PBSNT

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN