Van Gaal Dedah Senarai Pemain Cuba Dipancingnya Ketika Latih Man Utd

Van Gaal

Louis van Gaal yang pernah membimbing Manchester United selama dua musim [2014/15 dan 2015/16] mendedahkan beliau pernah berusaha untuk membawa masuk beberapa nama besar ke dalam skuad kendaliannya itu.

Van Gaal mengisi jawatan panas di Old Trafford itu pada 19 Mei 2014 selepas beliau menggantikan pengendali terdahulu, David Moyes yang hanya mampu bertahan semusim sahaja.

Menyertai antara kelab ternama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah pasti memerlukan perancangan rapi dalam menjadikan Manchester United sebagai pasukan yang disegani.

Sehubungan dengan keadaan tersebut, van Gaal pada ketika itu cuba untuk memperkuatkan pasukannya dengan berusaha membawa masuk pemain-pemain seperti Neymar, Robert Lewandowski, Sadio Mane dan Thomas Mueller.

”Saya mahukan Robert Lewandowski, tetapi ketika itu nyata amat sukar, saya terus mencuba untuk mendapatkan Gonzalo Higuain.”

”Sebelum saya tiba [di Manchester United], saya juga bercakap dengan Ahli Lembaga Pengarah tentang Neymar. Apabila anda berada di United, anda perlu untuk berfikiran besar.”

”Dia juga berminat untuk meningkatkan penjualan jersi dan saya ingin memiliki pemain sayap pantas. Untuk alasan itu, saya juga cuba untuk mendapatkan Sadio Mane dan Riyad Mahrez.”

”Thomas Muller juga berada dalam senarai saya dan pemain tengah yang saya mahukan ialah N’Golo Kante,” ujar van Gaal menurut laporan Goal.

”Saya juga turut cuba untuk menandatangani James Milner, walaupun sudah sedikit berusia tetapi boleh memainkan banyak fungsi dan memiliki sifat kepimpinan.”

”Untuk pertahanan pula, saya mahukan Sergio Ramos dan Mats Hummel, kerana pasukan kami tidaklah begitu kuat di bahagian belakang [pertahanan].”

Bagaimanapun seperti diketahui, kesemua pemain yang menjadi sasaran van Gaal itu tidak berjaya dibawa ke Old Trafford dan jodohnya bersama Manchester United hanya mampu bertahan selama dua musim walaupun berjaya menghadiahkan kejuaraan Piala FA 2015/16.

Kredit featured image: Catherine Ivill – AMA/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Manchester United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN