Wayne Rooney Akui Louis Van Gaal Pengurus Terbaik Yang Pernah Membimbing Beliau

Van Gaal

Memenangi lima Liga Perdana Inggeris dan satu mahkota Liga Juara-Juara Eropah bersama Sir Alex Ferguson masih belum cukup buat Wayne Rooney untuk menjadikan pengurus legenda itu sebagai yang terbaik buatnya.

Sebaliknya, Rooney lebih memilih bekas pengendali Manchester United, Louis Van Gaal sebagai pengurus terbaik yang pernah membimbing beliau.

Rooney menyifatkan Van Gaal lebih memberikan makna yang cukup besar terhadapnya.

”(Louis) Van Gaal merupakan jurulatih terbaik yang saya pernah bekerjasama – seratus peratus.”

MANCHESTER, ENGLAND – MARCH 12: Wayne Rooney of Manchester United clashes with Denilson of Arsenal during the FA Cup sponsored by E.on 6th Round match at Old Trafford on March 12, 2011 in Manchester, England. (Photo by Tom Purslow/Man Utd via Getty Images)

”Kemahiran taktikalnya, cara dia mempersiapkan pasukan dan tumpuannya adalah terbaik. Saya mendapati sesuatu yang luar biasa. Saya mengaguminya, saya tidak pernah melihat perkara seperti itu sebelum ini.”

”Van Gaal mengetahui bahawa cara dia bekerja adalah sukar untuk pemain. Saya membuatkannya sedar pada ketika itu dan kami bercakap mengenai perkara ini dengan sangat baik bersama-sama.”

”Saya menyesal bagaimana semua ini berakhir, namun satu yang saya pasti – Saya mempelajari banyak perkara dari dia dan saya pasti mengambil iktibar serta pengajaran apabila saya menjadi pengurus.”

Musim pertama Louis Van Gaal berakhir dengan kejayaan membawa Manchester United kembali ke Liga Juara-Juara Eropah 2015/16 selepas menamatkan saingan liga ditempat keempat.

Beliau bagaimanapun dipecat hanya selepas dua hari menjulang Piala FA 2015/16 kerana gagal menempatkan pasukan di kelompok empat pasukan teratas.

Kredit foto: Football365

Leave a Reply