Pemain tengah Manchester City, Kevin De Bruyne telah pun diumumkan sebagai Pemain Terbaik Liga Perdana Inggeris (EPL) untuk musim 2019/20.
Perancang tengah Belgium itu menewaskan pencabar lain iaitu trio Liverpool, Jordan Henderson, Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold, penyerang Southampton, Danny Ings, penjaga gol Burnley, Nick Pope serta pemenang anugerah kasut emas yang juga penyerang Leicester City, Jamie Vardy.
De Bruyne merupakan satu-satunya pemain City yang dicalonkan untuk anugerah berkenaan selepas membantu City menamatkan saingan EPL di tangga kedua di belakang juara baharu Liverpool.
Introducing your 2019/20 @EASPORTSFIFA Player of the Season…
— Premier League (@premierleague) August 16, 2020
✨ 𝙆𝙚𝙫𝙞𝙣 𝘿𝙚 𝘽𝙧𝙪𝙮𝙣𝙚 ✨#PLAwards pic.twitter.com/I2EJPUPLz8
Walaupun gagal mempertahankan kejuaraan yang dimenangi selama dua musim berturut-tuut sebelum ini, De Bruyne menikmati musim terbaiknya sejak tiba di Etihad pada 2015.
Pemain berusia 29 tahun itu merekodkan 20 rekod bantuan jaringan, menyamai rekod yang dicatat oleh Thierry Henry pada musim 2002/2003 serta menjaringkan 13 gol.
Sementara itu, untuk dua anguerah lain yang telah diumumkan lebih awal, pemain pertahanan liverpool, Alexander-Arnold dinobatkan Pemain Muda Terbaik, sementara pengurusnya, Jurgen Klopp pula dinamakan sebagai Pengurus Terbaik musim ini.
ICYMI…@trentaa98 has been voted 𝑷𝒓𝒆𝒎𝒊𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒂𝒈𝒖𝒆 𝒀𝒐𝒖𝒏𝒈 𝑷𝒍𝒂𝒚𝒆𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑺𝒆𝒂𝒔𝒐𝒏 🤩
— Liverpool FC (@LFC) August 16, 2020
The boss is the 𝑷𝒓𝒆𝒎𝒊𝒆𝒓 𝑳𝒆𝒂𝒈𝒖𝒆 𝑴𝒂𝒏𝒂𝒈𝒆𝒓 𝒐𝒇 𝒕𝒉𝒆 𝑺𝒆𝒂𝒔𝒐𝒏 🙌 pic.twitter.com/07UWeXi3od
Pemain berusia 21 tahun itu menewaskan trio Manchester United, Anthony Martial, MArcus Rashford dan Mason Greenwood serta empat calon lain.
Klopp pula mengetepikan cabaran Frank Lampard, Chris Wilder dan Brendan Rodgers untuk memenangi anugerah tersebut.
Kredit Foto: Premier League
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Kevin De Bruyne dan EPL: