Bayern Munich Kecam UEFA Berikutan Isu Manchester City

Bayern Munich

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Bayern Munich, Karl-Heinz Rummenigge mengecam tindakan Persekutuan Bola Sepak Eropah (UEFA) dalam menangani kes Financial Fair Play (FFP) yang melibatkan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Juara empat kali Liga Perdana Inggeris itu pada mulanya dihukum larangan beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah selama dua musim selepas didapati bersalah melanggar peraturan FFP antara tahun 2012 dan 2016.

Keputusan tersebut kemudiannya berubah menjadi sebaliknya selepas The Cityzens membuat rayuan di Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) yang mana hukuman tersebut dibatalkan dan mereka hanya perlu membayar denda bernilai  €10 juta sahaja.

Keadaan itu menyebabkan berlakunya pertikaian tentang bagaimana cara UEFA beroperasi dan Jose Mourinho menjadi antara individu yang lantang mempersoalkan perkara tersebut dan kini Rummenigge turut bertindak sedemikian.

”Saya percaya keputusan akhir yang dibuat oleh CAS adalah kerana panel UEFA yang bertanggungjawab atas masalah Liga Juara-Juara Eropah tidak melakukan tugasan dengan baik, kelihatannya seperti itu.”

”Apa yang saya dengar dari sumber yang berbeza adalah bahawa [keputusan UEFA) itu tidak disusun dengan baik sebelumnya.”

”Kita harus mengubah Financial Fair Play kerana pada 10 tahun terakhir ini, bola sepak telah berubah secara dramatik dalam aspek kewangan dan kerana itu kita perlu mencari cara yang berbeza.”

”Tahniah diucapkan kepada Manchester City kerana mereka boleh bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah musim hadapan dan tahun berikutnya juga,” ujar legenda Bayern Munich itu menurut laporan Goal.

Kredit featured image: Christof Koepsel/Bongarts/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai kes yang melibatkan Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN