Harapan Manchester United untuk naik ke tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) musnahkan angkara jaringan penyamaan Southampton pada masa kecederaan oleh Michael Obafemi, sekaligus menyukarkan usaha untuk layak ke saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) musim depan.
Namun keputusan seri 2-2di Old Trafford itu mengekalkan rekod tanpa kalah United dalam 18 perlawanan berturut-turut dalam semua pertandingan, tetapi terlepas peluang untuk memintas Chelsea dan Leicester United.
Skuad The Red Devils yang menang dalam empat perlawanan berturut-turut sebelum ini turutn dengan keyakinan dan Oleh Gunnar Solskjaer membariskan kesebalasan terbaiknya. termasuk trio Anthony Martial, Marcus Rashford dan Mason Greenwood yang cemerlang sejak kebelakangan ini.
90 – Manchester United have failed to win two Premier League games at Old Trafford thanks to a goal conceded in the 90th minute this season – in their previous 519 PL home games before this season, they’d only drawn one game thanks to a 90th minute strike. Pegged. #MUNSOU pic.twitter.com/6qBTNPOgwT
— OptaJoe (@OptaJoe) July 13, 2020
Martial beroleh peluang awal untuk meletakkan United di depan pada minit ke-10, tetapi penjaga gol pelawat, Alex McCarthy lebih cemerlang dalam situasi satu lawan satu.
Dua minit kemudian, Southampton terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah dengan gol pembukaan apabila kelekaan Paul Pogba dimanfaatkan Danny Ings yang merampas bola dan Nathan Redmond bijak membuat hantaran lintang untuk disudahkan dengan sempurna oleh Stuart Armstrong.
Namun United tidak menunggu lama untuk bangkit menyamakan kedudukan menerusi Marcus Rashford yang menerima hantaran pendek Martial dalam kotak penalti pada minit ke-20 dan tiga minit kemudian giiran Martial pula meledak gol hasil gerakan dari sebelah kiri sebelum merembat kencang untuk meletakkan United di depan.
5️⃣0️⃣ #PL goals for @AnthonyMartial 🤩#MUFC #MUNSOU pic.twitter.com/VVsW84U6Zi
— Manchester United (@ManUtd) July 13, 2020
Redmond beroleh peluang untuk menyamakan kedudukan lima minit sebelum tamat perlawanan, namun percubaannya ditepis dengan baik oleh David De Gea.
Bagaimanapun Soton memanfaatkan situasi United yang beraksi dengan 10 pemain selepas Brandon Williams dibawa keluar kerana mengalami kecederaan dengan sentuhan penyudah Obafemi pada minit ke-6 masa kecederaan hasil sepakan penjuru James Ward-Prowse bagi menutup malam United dengan kekecewaan.
Keputusan Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) untuk menerima rayuan Manchester City bagi mengetepikan hukuman penggantungan beraksi di kejohanan Eropah bermakna hanya empat pasukan teratas sahaja yang layak ke saingan UCL musim depan.
95:47 – Michael Obafemi's leveller was the latest Premier League goal Manchester United have conceded at Old Trafford since we have exact goal times available (2006-07). Drama.#MUNSOU pic.twitter.com/asNKMHHrGS
— OptaJoe (@OptaJoe) July 13, 2020
United kini terus kekal di tangga kelima di belakang Leicester City dengan hanya dipisahkan dengan perbezaan jaringan walaupun kedua-dua pasukan terikat dengan 59 mata. Chelsea pula tentutnya lega dengan keputusan tersebut dan terus kekal di tempat ketiga dengan 60 mata.
Juara EPL, Liverpool dan Manchester City sudah pun mengesahkan tempat mereka di UCL untuk musim depan.
Perlawanan EPL seterusnya United akan berdepan Crystal Palace di gelanggang lawan pada Khamis ini sementara Southampton pula akan bertemu Brighton pada waktu dan hari yang sama.
Kredit Foto: Premier League
Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester Untied: