FA Selangor Terima Maklumbalas Pesuruhjaya Sukan Mengenai EGM

Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Dr. Johan Kamal Hamidun sebentar tadi mengeluarkan satu kenyataan media mengesahkan pihak beliau telah menerima maklumbalas daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PSM) berhubung Kongres Luar Biasa yang diadakan baru-baru ini.

Menurut Dr. Johan, surat daripada PSM bertarikh 17 Disember itu telah mengesahkan Kongres Luar Biasa (EGM) yang diadakan pada 8 November lalu telah melanggar statut FAS, selain daripada timbul keraguan munasabah untuk ianya diadakan.

Sehubungan dengan itu, PSM mengklasifikasikan EGM tersebut sebagai ‘tidak teratur dan tidak mengikut proses’ – yang juga bermakna segala keputusan hasil EGM tersebut tidak boleh diguna pakai.

“Tuanku Presiden, barisan Exco dan Sekreteriat Agung FAS berasa amat bersyukur atas perkembangan ini dan fokus kami untuk memantapkan persiapan untuk bersaing pada musim 2019 dapat dipertingkatkan.

“Kami juga ingin menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua penyokong Red Giants yang telah memberi sokongan sepenuhnya kepada kami selama ini.

“Akhir sekali, kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan juga Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang telah menangani isu ini dengan penuh kredibiliti dan profesionalisma,” ujar Dr. Johan dalam kenyataan tersebut.

EGM yang diadakan pada 8 November itu diadakan oleh sekumpulan anggota FAS yang tidak berpuas hati dengan perlantikan beberapa jawatan di dalam barisan kepimpinan FAS sebelum ini.

Empat hari lalu Presiden FAS, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah mengumumkan pemecatan 43 anggota ahli gabungan badan induk tersebut kerana dianggap tidak sehaluan dengan aspirasi baginda, selain cuba memporak-perandakan keharmonian persatuan tersebut.

Sebagai tindak balas, ‘Gang EGM’ tersebut dalam satu kenyataan semalam berkata akan menyaman Presiden FAS kerana menganggap tindakan baginda sebagai  ‘tidak sehaluan dengan nilai diri dan impian’ persatuan itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN