Neville Anggap Alasan Pogba Mengenai Muat Naik Twitter Sebagai Karut

Gary Neville melabel alasan Paul Pogba tidak sengaja melakukan muat naik Twitter ‘pelik’ sejurus selepas pemecatan Jose Mourinho sebagai karut.

Semua pihak tahu bagaimana keruhnya hubungan di antara Pogba dan Mourinho sepanjang musim ini. Pemain tengah Perancis itu bertindak melakukan muat naik gambar dirinya yang melakukan pandangan sinis – sambil meminta pengikut beliau memberikan ‘caption’ terbaik untuk gambar tersebut.

Pogba bagaimana pun memadam muat naik tersebut selepas itu.

Sekadar alasan

Hasgtag yang disertakan sekali oleh Pogba dalam muat naik – dipercayai selepas menghadiri sebuah majlis oleh Adidas pada malam Isnin lalu – adalah indikasi jelas mustahil muat naik tersebut adalah tidak disengajakan.

Bagi Gary Neville, alsasn Pogba tidak boleh diterima dan muat naik tersebut sekadar menjelaskan ketegangan di antara kedua-dua individu tersebut di dalam kem Manchester United selama ini.

“Ia seperti mereka sangat tidak menyukai satu sama lain, tetapi Jose Mourinho sudah dipecat pagi tadi [semalam] dan Paul Pogba atau siapa sahaja di bahagian promosi pemain itu pantas melakukan muat naik gambar tersebut.

“Kita tidak perlu percaya bahawa ia adalah kebetulan atau tidak disengajakan. Alasan sebegitu sangat karut.

Pogba sudah tahu

Neville turut berpendapat situasi Mourinho bersama Manchester United mungkin sudah jelas dan diketahui Pogba sebelum pengumuman pemecatan oleh kelab tersebut.

“Mungkin beliau mahu melakukannya lebih awal mengenai Jose, atau menerangkan keadaan semasa kelab. Tetapi di pihak Jose, saya percaya apabila Pogba muncul juara dunia pada musim panas, ia seperti situasi yang amat sukar kerana beliau tidak mampu mengawal pemain ini.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

“Saya tiada keraguan Pogba sudah lama tidak sukakan Mourinho. Beliau tidak percayakan pengurus itu, malah tidak percaya Mourinho adalah pengurus yang mempunyai kebolehan. Perkara sama juga mungkin difikirkan oleh Jose terhadap Pogba.

“Jose Mourinho mungkin berpendapat Paul Pogba bukanlah pemain yang sangat baik seperti pemain itu fikirkan tentang dirinya. Satu perkara yang jelas kedua-dua individu mempunyai keretakan hubungan sejak enam bulan lalu – atau mungkin sejak tahun lalu.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN