Bala tetera Red Devils kendalian Ole Gunnar Solskjaer boleh dianggap sudah sebelah kaki layak ke perlawanan akhr Europa League pada musim ini selepas membelasah Roma 6-2 di separuh akhir pertama pada pagi tadi.
Semuanya seperti yang telah dirancang oleh Solskjaer selepas sembilan minit perlawanan berlangsung. Hantaran satu dua Paul Pogba dan Edinson Cavani membenarkan Bruno Fernandes menjaringkan gol pertama perlawanan dengan lagak bersahaja – satu chip mudah menewaskan penjaga gol lawan.
Tetapi Pogba kemudiannya bersalah apabila pemain antarabangsa Perancis itu melakukan tugas bertahan. Cuba menghalang larian dan ancaman Rick Karsdorp, hantaran cut-back pemain Roma itu terkena tangan Pogba untuk Roma dianugerahkan penalti. Lorenzo Pellegrini berjaya menyudahkannya untuk gol penyamaan perlawanan.
It six two be a Roma fan today 💀#UEL pic.twitter.com/jQarAjzU9o
— GOAL (@goal) April 29, 2021
Gol tersebut ibarat tonik buat laskar Roma yang mulai menghidu kebangkitan. Keinginan menawan Old Trafford – arena di mana Roma tidak pernah merekodkan sebarang kemenangan – mulai membuak-buak.
Akhirnya 12 minit sebelum babak pertama perlawanan tamat, satu lorongan cantik dari Leonardo Spinazzola membenarkan Pellegrini untuk melakukan hantaran ke tengah gawang, sebelum peluang disempurnakan bekas penyerang Manchester City, Edin Dzeko. Untuk rekod ia adalah gol kelima peribadi dijaringkan Dzeko berhadapan Manchester United sejak era masih bersama Mancheser City.
45 minit babak kedua perlawanan pula menyaksikan ego dan keyakinan diri laskar Roma disentap dan diruntuhkan oleh bala tentera Red Devils sama sekali.
Cavani menyamakan kedudukan hanya tiga minit memasuki babak kedua, dengan penyudah sempurna selepas satu gerakan pantas dilakukan.
Pemain antarabagsa Uruguay itu menjaringkan satu lagi gol pada minit ke-64 selepas menyambar bola muntah yang terlepas dari tangan penjaga gol gantian, Antonio Mirante hasil percubaan awal Aaron Wan-Bissaka.
Roma terus dihujani anak panah bala tentera Red Devils selepas itu. Fernandes menyempurnakan penalti untuk menjadikan kedudukan 4-2 setelah bekas pemain Manchester United, Chris Smalling menjatuhkan Cavani.
Pogba menanduk masuk gol kelima perlawanan untuk Manchester United selepas menerima hantaran Fernades, dan Mason Greenwood melengkapkan kemenangan bergaya 6-2 untuk memastikan pasukannya selesa apabila berkunjung ke Stadium Olimpik, Roma selepas ini.
Cavani kunci bahagian serangan
Senuhan klinikal Cavani merupakan kualiti yang sering menjadi perhatian. Dua jaringan di dalam perlawanan ini menampakkan killer instinct yang tiada di dalam pasukan ini sejak beberapa musim lalu.
Di sebalik penyudah yang digeruni lawan, satu aspek penting yang jarang dihargai ialah link-up play yang mampu dihasilkan Cavani. Kualiti inilah yang membenarkan/memudahkan Bruno Fernandes menyinar di dalam pasukan.
48’: Man Utd 2-2 Roma (Cavani)
64’: Man Utd 3-2 Roma (Cavani)Cavani turns it around for United 🏹 pic.twitter.com/AMzbLaOBkU
— B/R Football (@brfootball) April 29, 2021
Gol pertama oleh Bruno Fernandes adalah buktinya. Cavani sekali lagi membuktikan kemampuan dan ancaman yang boleh ditawarkan beliau pada ketika membelakangi gol.
Begitu juga dengan hantaran untuk Greenwood yang dilakukan dengan bahagian luar kasut (outside of the boots). Tampak bersahaja, namun penuh teknikal dan kualiti.
Untuk merumuskannya, Cavani adalah seorang penyerang yang memberikan gol, kreativiti dan visi. Tiada keraguan, beliau kini dilihat sebagai seorang complete striker bersama Manchester United.
Game management yang berjaya oleh Solskjaer
Pasti ada pihak yang mempersoalkan tindakan Solskjaer ketika waktu rehat babak pertama. Apatah lagi pada ketika pasukan sedang ketinggalan dan pengurus dari Norway itu tetap dengan pendirian menggandingkan Fred dan Scott McTominay.
Apa yang Solskjaer lakukan sebenarnya ialah untuk memberi kepercayaan kepada barisan pemainnya.
Manchester United's Starting XI vs Roma in the #UEL semi-finals: De Gea, AWB, Lindelof, Maguire, Shaw, McTominay, Fred, Bruno, Rashford, Cavani, Pogba.
McFred in the lineup looks dodgy but then an extra attacking prowess in Pogba#MUFC #MUNROM #UEL pic.twitter.com/X9fvgC9ZYr
— The United Star (@TheUnitedStar2) April 29, 2021
Dan walaupun tidak melakukan sebarang pertukaran sehingga minit ke-76, bala tentera Red Devils mulai mengamuk pada babak kedua perlawanan.
Greenwood yang dimasukkan kemudian turut berhasil menjaringkan satu gol. Maka ia dianggap perlawanan yang sempurna buat Solskjaer.
Statistik luar biasa Bruno Fernandes
Bruno Fernandes kekal sebagai komponen dan fokal penting Manchester United di bahagian serangan. Perlawanan menentang Roma adalah perlawanan yang ke-52 pada musim ini untuk pemain dari Portugal itu bersama Manchester United.
Walaupun selepas melalui jumlah perlawanan yang banya, Fernandes terus memberikan impak kepada pasukan.
Bruno woke up hungry. pic.twitter.com/jJINJFrdlb
— Manchester United (@ManUtd) April 29, 2021
Playmaker dari Portugal itu menjaringkan gol pertama perlawanan, menghasilkan assist untuk gol kedua, menyempurnakan penalti untuk gol keempat pasukan, dan sekali lagi terlibat dengan gol kelima dengan satu hantaran sesedap rasa untuk Pogba.
Tanpa Fernandes, Manchester United akan bergelut untuk mencipta peluang. 26 gol dan 16 assists pada musim ini, ia sudah pencapaian yang cukup luar biasa.
Mimpi ngeri Chris Smalling
Chris Smalling mempunyai memori selama 10 tahun bersama Manchester United, dan beraksi di dalam 323 perlawanan untuk gergasi Liga Inggeris itu.
Antara sebab perpindahan Smalling ke Roma ialah untuk menghidupkan peluang kembali beraksi bersama England di Euro 2020. Berdasarkan prestasi semasa, sukar membayangkan ia akan berlaku.
Chris Smalling confesses Roma conceded ‘sloppy’ goals in their 6-2 Europa League semi-final defeat to Manchester United https://t.co/jxmkOulQ8J #ASRoma #MUFC #ManUtdRoma #MUNROM #UEL pic.twitter.com/30jtcF1gaG
— Football Italia (@footballitalia) April 29, 2021
Kepulangan Smalling kali ini memberi mimpi ngeri buat pemain pertahanan tengah itu. Beliau juga dipersalahkan kerana menjatuhkan Cavani pada babak kedua yang menjurus kepada panalti disempurnakan oleh Fernandes.
Nyata Old Trafford tidak pernah menjadi pentas sesuai buat Smalling membuktikan kemampuan dirinya.
Kecederaan pemain AS Roma
Pemain tengah, Jordan Veretout dijangka akan menjadi tunjang utama serangan menentang Manchester United. Namun hanya selepas dua minit, pemain dari Perancis ini sudah mengalami kecederaan harmstring dan terpaksa digantikan.
Pengurus Roma Paulo Fonseca kemudiannya terpaksa melakukan satu lagi pertukaran apabila penjaga gol Pau Lopez mengalami kecederaan bahu untuk digantikan oleh Antonio Mirante.
Roma had to take Jordan Veretout off inside five minutes, and now goalkeeper Pau Lopez is off with a shoulder injury 🤕#UEL pic.twitter.com/35gFknTm4Q
— GOAL (@goal) April 29, 2021
Isu kecergasan pemain menjadi masalah besar buat Roma lapan minit sebelum babak pertama tamat apabila Leonerdo Spinnazola turut mengalami masalah.
Keadaan di atas suah pasti tidak membantu, dan Fonseca perlu memikirkan sesuatu dalam masa tujuh hari berikutnya.
Baca artikel lain mengenai Manchester United:
Cantona Menyesal Tak Terajang Penyokong Crystal Palace Lebih Kuat
8 Fakta Pertemuan Man Utd VS Roma – Penyokong Roma Geram Solskjaer Perlekeh Pasukan
‘Sila Berambus’ – Perletakan Jawatan Ed Woodward Disambut Meriah Penyokong Manchester United