Joan Laporta sekali lagi dipilih untuk menjawat jawatan presiden Barcelona. Berusia 58 tahun Laporta memenangi majoriti 58% daripada undian untuk menerju kembali antara salah sebuah kelab bola sepak terbesar di dunia ini.
Pesaing kepada Laporta, Victor Font pula hanya mampu meraih 30% daripada undi. Manakala Toni Freixa berjaya memperolehi 8% daripada jumlah undi. Kemenangan ini bermakna Laporta akan memegang kembali tampuk pengurusan Barcelona FC sehingga 2026.
Tempoh lima tahun berikutnya dianggap sebagai antara fasa terpenting di dalam sejarah kelab Catalan ini. Selepas jatuh dengan pelbagai krisis, berikut adalah lima perkara yang perlu dilakukan oleh Laporta untuk tempoh lima tahun berikutnya untuk memperkasakan kembali Barcelona FC.
Perkasakan kembali La Masia
Dalam dunia bola sepak, terdapat beberapa pasukan yang terkenal dengan akademi mereka yang cukup hebat dalam melahirkan pemain-pemain berkualiti.
Salah satunya adalah akademi La Masia milik Barcelona. Untuk bertahun lamanya, mereka telah menghasilkan pemain-pemain berkualiti menerusi akademi yang turut diinspirasikan oleh legenda kelab, Johan Cryuff.
Laporta used to have his sporting project in the past and it was successful maybe the most successful in the history of the club. Another advantage is that he always want La Masia products in the first team he will obligate any manager to promote them to the first team. pic.twitter.com/7ZIEXpZACV
— Mustafa Tactical 🧊 (@MustafaTactical) March 6, 2021
Pemain-pemain seperti Pep Guardiola, Xavi Hernandes, Andres Aniesta dan Lionel Messi adalah antara produk La Masia yang membantu Barcelona mendominasi bola sepak eropah sejak beberapa dekad yang lalu.
Joan Laporta adalah antara individu yang berkongsi nilai yang diterapkan oleh Johan Cryuff dalam usaha membentuk lebih ramai pemain dari La Masia untuk skuad utama. Dan kini tiba masanya La Masia kembali diperkasakan dengan pemain-pemain generasi baharu seperti Ansu Fati dan Riqui Puig perlu mendapatkan lebih banyak minit perlawanan – sebagai permulaaan evpolusi La Masia di bawah pimpinan Laporta.
Ubah strategi dan polisi pembelian pemain
10 bulan yang lalu, Juan Laporta membidas polisi pembelian pemain oleh Barcelona, melabelkan strategi sekarang sebagai tidak bermoral.
Laporta yang berpengalaman sebagai presiden kelab Catalan itu sebelum ini turut pernah meluahkan kerisauan beliau mengenai status kewangan kelab.
Should Barcelona change its transfer policy?
Our @jparavenag thinks so ➡️ https://t.co/PkEx3VJNXy#Barca pic.twitter.com/Jf5mWTa6M9
— ItsRoundAndItsWhite (@IRAIWmedia) October 24, 2017
Antara perpindahan dan pembelian pemain yang perlu dielakkan oleh Barca pada masa depan ialah sepertimana mereka berbelanja untuk mendapatkan Andre Gomes dengan nilai €37 juta.
Ketika beliau menjawat jawatan presiden daripda 2003 sehingga 2010, Barcelona telah membelanjakan €300 juta untuk 37 pemain. Jumlah ini adalah bersamaan dengan nilai Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dan Antoine Griezemann yang dibawa masuk selepas itu.
Beri keyakinan kepada Dembele
Anda mungkin tidak bersetuju dengan fakta ini. Tetapi antara perkara terutama yang perlu dilakukan oleh Laporta selepas bergelar presiden ialah untuk memperbaharui kontrak Ousmane Dembele. Pemain sayap Perancis ini menyertai kelab Catalan tersebut pada 2017, dan bakal menamatkan kontrak di Nou Camp pada Jun 2022. Ini bermakna Laporta perlu segera memulakan rundingan selewat-lewatnya pada Julai 2021.
Walaupun banyak meluangkan masa di bangku pemain simpanan sejak beberapa musim lalu akibat kecederaan, antara faktor yang perlu diambil kira untuk memperbaharui kontrak Dembele ialah usianya yang masih muda berusia 22 tahun. Prestasi terkini Dembele di bawah kendalian Ronald Koeman turut berjaya menarik perhatian banyak pihak baru-baru ini.
Laporta : When [Ousmane] Dembele scored, I thought we could come back." #FCBlive #ElectionsFCB @JoanLaportaFCB ⚡ @Dembouz pic.twitter.com/oVIaUeRNWB
— Tusar (@squad_secrets) December 30, 2020
Musim ini beliau telah melakukan 15 penampilan dari 21 perlawanan La Liga. Beliau turut menyumbang dua gol dan dua assist. Impak di Champions League turut mulai dirasai. Hasilnya beliau menjaringkan tiga gol penting, dan menghasilkan dua assist di pertandingan elit eropah itu.
Berdasarkan statistik di atas maka tidak hairanlah mengapa Laporta turut melabel Dembele sebagai pemain penting selain daripada Messi untuk Barcelona pada musim ini. Manchester United dikatakan antara kelab yang memantau rapat perkembangan Dembele pada musim ini. Dengan keadaan kewangan yang meruncing adalah lebih baik Laporta mengelak daripada berbelanja dan menaruh keyakinan kepada Dembele yang kelihatan sudah mulai meletakkan isu kecederaan di belakang.
Kebergantungan terhadap Messi
Sejak beberapa tahun yang lalu, Barcelona dikatakan terlalu bergantung kepada kebolehan Lionel Messi. Ini adalah fakta yang semua pihak harus terima. Musim ini, penyerang antarabangsa Argentina itu masih terlibat dalam 50% daripada jaringan yang dihasilkan oleh pasukan di dalam aksi La Liga.
Tidak sukar untuk memadam kebergantungan terhadap Messi sekiranya Barcelona boleh membawa masuk pemain yang sesuai seperti yang dikehendaki oleh Koeman. Pelaburan kewangan sememangnya perlu diutamakan terhadap pemain baharu berbanding kontrak Messi yang mahal.
🗣 Joan Laporta: "I am sure that if someone else wins the election, Messi won't stay at the club.
"I have a good relationship with him. We'll make him an offer based on the club's situation.
"Maybe we can't compete financially, but Messi is not ruled by money." pic.twitter.com/FPfsJVawKs
— GOAL (@goal) March 3, 2021
Walaupun kebergantungan terhadap Messi harus dikurangkan, ini tidak bermakna Laporta perlu melepaskan pemain yang amat sinonim dengan kelab tersebut serta merta. Messi adalah Barcelona. Beliau adalah sebahagian daripada sejarah Barcelona. Ini bermakna penting untuk Laporta memastikan Messi kekal di Barcelona sehingga persaraannya.
Faktor kewangan mungkin menjadi isu utama. Tetapi Messi turut menyedari sumbangan yang diberikan oleh Barcelona terhadap kariernya. Kini terpulang kepada kebijaksanaan Laporta untuk melakukan rundingan dan menawarkan kontrak yang munasabah untuk kedua-dua pihak berada di dalam situasi menang-menang.
Bawa kembali Pep Guardiola
Ini adalah satu lagi point yang boleh diperdebatkan. Anda boleh bersetuju atau tidak untuk langkah ini.
Lapan bulan yang lalu Laporta pernah mendakwa Pep Guardiola akan kembali ke Nou Camp sebagai pengurus: “Jika saya menjadi Presiden Barcelona semula, saya mempunyai perasaan yang kuat Guardiola akan kembali mengurus skuad utama sekali lagi. Dengan lembaga pengarah sedia ada, mustahil beliau [Guardiola] aka kembali.”
❗Laporta: "Pep Guardiola is a phenomenon that we won't see again. But in Germany there are young managers who can work based on our philosophy." pic.twitter.com/owpb8hACis
— Barça Universal (@BarcaUniversal) March 5, 2021
Ia bukan perkara aneh untuk melihat Laporta mahukan Guardiola kembali mengendalikan pasukan. Pep Guardiola adalah antara pakar taktikal dan jurulatih terbaik dunia pada hari ini.
Laporta adalah individu bertanggungjawab menjadikan Guardiola pengurus skuad utama Barcelona pada 2008. Pada musim pertama di bawah kendalian Guardiola, Barcelona sudah berjaya meraih kejuaraan treble yang cukup bersejarah. Kembalinya Guardiola ibarat Laporta berjaya melengkapkan Barcelona.
Penutup
Anda mungkin mempunyai banyak perkara lain untuk disenaraikan. Satu perkara yang pasti tugas Laporta tidak mudah. Dalam usaha untuk memulihkan kedudukan kewangan, Barcelona juga harus menyeimbangkannya dengan prestasi pasukan di atas padang.
Lima tahun yang akan datang ini akan memperlihatkan sama ada Joan Laporta berjaya membangkitkan kembali Barcelona, atau kelab ini akan terjerumus kepada masalah demi masalah.
Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).
Baca juga artikel menarik kami yang lain melalui pautan:
4 Perkara Di Sebalik Penangkapan Bekas Presiden Barcelona, Josep Maria Bartomeu
5 Perubahan Berani Perlu Dilakukan Barcelona Jika Mahu Kembali Bangkit Musim Hadapan
Senarai Kereta Mewah Dibeli Messi Sejak Beraksi Bersama Barcelona
4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo