5 Perubahan Berani Perlu Dilakukan Barcelona Jika Mahu Kembali Bangkit Musim Hadapan

Barcelona Hutang

Besar kemungkinan Barcelona akan menamatkan musim ini tanpa sebarang kejuaraan. Di pertandingan La Liga, kelab dari Catalanonia itu kini ketinggalan 9 mata di belakang pendahulu Atletico Madrid yang turut masih mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Di pertandingan Copa del Rey, mereka ketinggalan 2-0 secar agregat kepada Sevilla di peringkat separuh akhir. Dikejutkan di perlawanan akhir Supercopa de Espana oleh Atletico Bilbao, skuad kendalian Ronald Koeman turut berhadapan defisit tiga gol dan kelebihan gol di tempat lawan berhadapan Paris Saint-Germain (PSG) di Paris selepas ini.

Ia bagaikan musim serba tidak menjadi buat Barcelona pada musim ini. Berikut pula adalah lima perubahan berani yang perlu dilakukan Barcelona sekiranya mahu bangkit segera pada musim hadapan.

Jual pemain veteran

Barcelona kini memiliki tidak kurang 5 pemain di atas usia 30 tahun di dalam kesebelasan utama mereka iaitu Gerard Pique, Sergio Busquets, Lionel Messi, Jordi Alba, dan Miralem Pjanic.

Ada di antara mereka juga sudah mendekati usia 30 tahun. Antaranya Antoine Griezmann, Martin Braithwaite, dan juga Sergi Roberto.

Beberapa pemain ‘kuda tua’ ini telah menampilkan prestasi yang menurun walaupun menerima gaji yang mewah. Jendela perpindahan musim panas akan datang wajin dipergunakan oleh Barcelona untuk menjual pemain-pemain berkenaan terutama yang memberikan sumbangan minimum kepada pasukan.

Dana yang diperolehi hasil penjualan pemain-pemain ini pula harus digunakan sebaik mungkin untuk membawa muka baharu yang lebih segar untuk turut memperbaharui cabaran Barcelona mulai musim akan datang.

Penyerang tengah/central forward baharu

Salah satu kesilapan Barcelona sebelum musim bermula ialah melepaskan Luis Suarez. Sejak dibenarkan meninggalkan Nou Camp, Suarez kini tampil sebagai penjaring terbanyak La Liga untuk membantu Atletico Madrid berada di kedudukan teratas saingan.

Dan pada masa yang sama Barcelona sendiri kelihatan sukar untuk mendapatkan gol pada separuh musim pertama 2020/21 ini – walaupun tampak semakin baik dan ok kini.

Walaupun kadar jaringan gol kini meningkat, perlu diingatkan ini mungkin adalah musim terakhir Messi di Nou Camp. Sekiranya Messi kekal melangkaui musim ini, usia beliau juga tidak memihak kepada Barcelona. Prestasi tidak menentu Antoine Griezmann turut tidak membantu buat masa ini.

Tiada cara lain melainkan Barcelona perlu mencari seorang penyerang tengah yang mampu menjaringkan 20 gol semusim untuk mengetuai jentera serangan mereka mulai musim hadapan.

Berhati-hati dalam berbelanja

Blaugrana kini berada dalam krisis kewangan yang teruk. Selain akibat pandemik yang melanda, sikap boros di jendela perpindahan lalu turut menyumbang kepada masalah kewangan meruncing di kelab paling berjaya dalam sejarah Catalonia itu.

Sejak beberapa musim lalu, Barcelona dilihat terlalu berani berbelanja untuk mendapatkan nama besar yang gagal memberikan pulangan setimpal kepada kelab. Philippe Coutinho, Ousmane Dembele dan Antoine Griezmann adalah contoh paling jelas.

Mulai jendela perpindahan musim panas akan datang, Barcelona perlu lebih berhati-hati bebelanja dan hanya perlu mendapatkan pemain yang mereka perlukan sahaja.

Pada masa yang sama, membawa masuk bakat baharu dari akademi La Masia pasti boleh membantu perbelanjaan.

Tidak payah pujuk Messi

Tiada siapa boleh mempersoalkan Messi sebagai salah seorang pemain terbaik dunia, dan juga yang terbaik Barcelona pernah hasilkan. Walaupun khidmat beliau masih diperlukan, beban kewangan untuk membayar gaji pemain ini bermakna Barcelona perlu berkorban.

Lagipun La Pulga pernah meluahkan rasa tidak gembira dan mahu meninggalkan Nou Camp sebelum ini. Maka usahlah dipujuk lagi si dia yang mahu pergi.

Sekurang-kurangnya Barcelona boleh berjimat dari membayar gaji Messi dan jumlah yang amat besar itu boleh dilaburkan kepada pemain baharu.

Di sisi lain, Barcelona dilihat sudah amat lama bergantung kepada Messi. Sampai masanya kini Barcelona membina satu projek baharu yang tidak mengandalkan hanya kepada kebolehan seorang pemain sahaja.

Sokongan terhadap Ronald Koeman

Antara perkara lain yang telah lama hilang dari skuad Barcelona ialah kestabilan. Ini tidaklah menghairankan kerana sejak beberapa musim sejak pemergian Pep Guardiola pada 2012, Barcelona asyik bertukar pengendali. Belum ada pengurus yang kekal lebih dari tiga tahun di Nou sejak daripada itu.

Ketibaan pengendali baharu membuatkan  pemain harus terus beradaptasi karena strategi yang berubah-ubah. Prestasi Ronald Koeman pada hari ini dianggap sekadar memuaskan. Namun beliau tiba di Nou Camp ketika kelab ini dilanda krisis dan sumber yang terhad.

Oleh kerana itu, Barcelona perlu memberikan lebih banyak masa untuk pengurus dari Belanda ini, termasuklah dengan membawa masuk pemain yang diperlukan sesuai oleh jurulatih tersebut.

Satu perkara yang pasti ialah kota rom tidak dibina di dalam tempoh satu hari. Pihak hierarki Barcelona wajib memberikan kepercayaan kepada Koeman untuk membina kembali pasukan yang stabil demi kejayaan lebih besar pada masa hadapan.

Penutup

Mampukah Barcelona kembali ke zaman kegemilangan dengan segera selepas ini? Pilihanraya Presiden yang dijadualkan berlangsung pada Mac hadapan turut akan memainkan peranan penting kepada hala tuju kelab yang penuh dengan sejarah bola sepak ini.

Apa pendapat anda? Nyatakan di ruangan komen melalui platform yang kami sediakan.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola)

Baca artikel menarik yang lain dari kami melalui pautan di bawah:

Senarai Sebab Juventus Ambil Langkah Salah Mudah Sangat Percayakan Andrea Pirlo

Analisis: Peranan Baharu Ilkay Gundogan Sebagai No.8 Dalam Sistem Hybrid Man City

Lihat Marc-Andre ter Stegen Bertengkar Dengan ‘Budak Bola’ Yang Buat Bising Belakang Tiang Gol

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN