Lihat Marc-Andre ter Stegen Bertengkar Dengan ‘Budak Bola’ Yang Buat Bising Belakang Tiang Gol

Penjaga gol Barcelona Marc-Andre ter Stegen dilaporkan terlibat dalam satu pertengkaran membabitkan budak pengutip bola dari Sevilla ketika kedua-dua pasukan bertemu di pertandingan Copa del Rey pada minggu lalu.

Pertandingan tesebut dilihat sebagai peluang terbaik untuk Barcelona memenangi trofi pada musim ini pada musim pertama di bawah kendalian Ronald Koeman.

Jules Kounde menjaringkan gol pertama untuk Sevilla, sebelum bekas pemain Ivan Rakitic memastikan langkah Barcelona di pertandingan tersebut terhenti dengan jaringan kedua perlawanan.

Ketika perlawanan berlangsung tumpuan penjaga gol Barca, Ter Stegen dikatakan terganggu dengan bunyian yang datang dari arah belakang gol, sehingga tumpuannya terhadap permainan sebenar di atas padang terganggu.

Penjaga gol berasal dari Jerman itu akhirnya terlibat dengan pertengkaran dengan budak bola yang duduk dibelakang tiang gol beliau, sehingga menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa campur tangan ketika pemain lain sedang menuju ke bilik persalinan pada waktu rejat selesai babak pertama.

Ter Stegen kedengaran memulakan interaksi dengan budak bola tersebut dengan berkata,”Berhenti becakap. Tunjukkan sedikit rasa hormat. Anda berada di sini bukan untuk bercakap. Anda di sini untuk melakukan tugas anda.”

Menurut laporan dari Marca, budak bola itu tidak berdiam diri dan membalas,”Saya berhenti bercakap kerana anda berkata sedemikian, sebelum menjelaskan perbuatannya,”Saya bukan bercakap, saya hanya meminta kad kuning dilayangkan [terhadap insiden ketika perlawanan]. Saya tidak akan berdiam.”

Pengadil perlawanan, Mateu Lahoz kemudian campur tangan dan berkata,”Berikan saya bantuan. Apabila bola menuju ke arah sana [luar padang], ketika itulah anda terlibat dengan perlawanan dengan menghantar bola kembali. Itulah tugas anda. Ok?”

Insiden tersebut hanya berlaku pada babak pertama perlawanan kerana Ter Stegen berada di arah gawang bertentangan pada babak kedua.

Sejak tewas dalam perlawanan Copa den Rey, prestasi Barcelona menunjukkan sedikit peningkatan dalam beberapa perlawanan selepas itu.

Gergasi dari Catalan ini merekodkan tujuh kemenangan berturut-turut dalam saingan La Liga dan pada hujung minggu membelasah Alaves 5-1.

Lionel Messi turut berada pada tahap terbaik, yang perkhabaran tersebut pasti membuatkan semua pihak di Barcelona gembira kerana selepas ini skuad kendalian Koeman perlu berhadapan Paris Saint-Germain di pusingan 16 pasukan terbaik Champions League pada Selasa.

 

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Barcelona:

Senarai Musuh Ronald Koeman Di Dalam Bola Sepak

4 Perkara Di Sebalik Pendedahan ‘Penuh Kontroversi’ Kontrak Messi Oleh El Mundo

3 Sebab Man City Patut Batalkan Saja Niat Tandatangani Lionel Messi

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN