Penyokong Liverpool Bersatu Hati Beri Sokongan Kepada Jurgen Klopp

Penyokong Liverpool bersatu hari untuk memberikan sokongan penuh kepada pengurus mereka, Jurgen Klopp dengan menggantung banner di luar Anfield.

The Reds tewas tiga perlawanan Liga Perdana Inggeris berturut-turut pada Sabtu lalu setelah Leicester City bangkit dari ketinggalan untuk menewaskan skuad kendalian Klopp 3-1 di Stadium King Power.

Kekalahan tersebut kini bermakna Liverpool sudah 13 mata di belakang pendahulu liga Manchester City, yang turut mempunyai kelebihan satu perlawanan di dalam tangan.

Klopp yang nyata tertekan dengan prestasi terkini pasukannya kelihatan menangis ketika mengumumkan kejuaraaan sudah tidak mampu dipertahankan pada musim ini.

Masalah di atas padang turut tidak dibantu engan kematian ibunya, Elisabeth, dan Klopp tidak dapat hadir untuk memberikan penghormatan terakhir untuk ibu beliau disebabkan tindakan kerajaan Jerman menutup semua pintu masuk ke negara tersebut.

Turut dapat merasakan kesulitan yang dihadapi oleh pengurus berusia 53 tahun itu pada hari ini, penyokong-penyokong Liverpool bertindak menggantung sebuah banner di luar Anfield sebagai mesej sokongan kepada bekas pengendali Borussia Dortmund itu.

“Jurgen Klopp YNWA,” tulis mesej di banner tersebut.

Ahli parlimen dari Parti Buruh, Ian Byrne yang juga merupakan penyokong setia The Kopites, turut berkongsi gambar banner tersebut di media sosial.

“Pengurus kami pada saat indah dan sukar. #Solidariti.”

Penyokong-penyokong Liverpool yang lain turut melahirkan perasaan dan sentimen yang sama dalam memberikan sokongan mereka terhadap Klopp.

“Beliau adalah pengurus untuk kita. Beliau membawa kita melalui semua ini. You’ll Never Walk Alone tidak pernah sempurna tanpa beliau,” kata yang lain.

Sebelum ini muncul segelintir penyokong Liverpool mahukan Klopp dipecat dan berpendapat pengendali dari Jerman itu sudah hilang tonik dan kemampuannya untuk membimbing Liverpool.

Penyerang Liverpool, Mohamed Salah turut memuat naik satu mesej penuh emosi kepada penyokong dengan berkata Liverpool adalah ‘Sang Juara dan akan terus melawan seperti seorang juara.”

Liverpool akan kembali beraksi pada Selasa ini untuk perlawanan pusingan 16 terbaik Champions League menentang RB Leipzig di Puskas Arena.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Jurgen Klopp:

Klopp Berang Selepas Wartawan Tanya Peluang Liverpool Muncul Juara

6 Buah Kelab Yang Tidak Pernah Tersingkir Dari Premier League Sejak 1992

v

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN