5 Pemain Defensive Midfielder Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak

Defensive midfielder merupakan antara posisi yang dianggap sebagai nadi penting untuk mana-mana pasukan dalam dunia bola sepak.

Pasukan yang mempunyai pemain midfield yang bagus, mereka kebiasaannya akan sentiasa berjaya mendominasi sesebuah perlawanan itu.

Memandangkan bola sepak modern semakin berkembang, maka peranan pemain di posisi midfield juga menjadi semakin penting.

Ada pasukan yang selesa menggunakan double pivot di posisi midfield yang mana mereka akan menggunakan dua pemain defensive midfielder untuk lindungi barisan pertahanan.

Namun ada juga pasukan yang akan menggunakan seorang sahaja pemain di posisi defensive midfielder dan akan digandingkan bersama pemain yang kreatif untuk membantu jentera serangan.

Tugas utama pemain defensive midfielder adalah untuk menyekat serangan dan memenangi penguasaan bola untuk skuadnya.

Beliau merupakan nadi penting yang akan membantu skuadnya bergerak dari pertahanan menuju ke kawasan serangan.

Tanpa membahaskan lebih mendalam, berikut merupakan lima pemain defensive midfielder terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Joshua Kimmich (Bayern Munich)

Joshua Kimmich merupakan salah seorang pemain bola sepak paling versatile dalam dunia bola sepak hari ini.

Pemain kebangsaan Jerman itu boleh bermain di mana-mana posisi di kawasan midfield, dan beliau juga turut boleh bermain di posisi right back jika diperlukan.

Kimmich merupakan antara pemain yang memainkan peranan deep-lying playmaker terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Beliau mungkin sedikit tidak konsisten pada musim ini, namun kualiti yang beliau miliki tidak boleh dipertikaikan lagi.

Kimmich merupakan pemain yang mencatatkan hantaran ke final third terbanyak dalam saingan Bundesliga dengan beliau juga berjaya mencatatkan 61 pintasan untuk Bayern Munich musim ini.

Kemampuan beliau dalam menggerakkan bola sememangnya menakjubkan dengan beliau turut sudah berjaya menjaringkan tiga gol dan mencatatkan 10 assists dari 34 penampilan dalam semua pertandingan untuk Bayern Munich.

https://twitter.com/MunichComps/status/1511700098488877063?t=kfSGDYmdsKd6wrZ7ubci4Q&s=19

4) Casemiro (Real Madrid)

Casemiro bersama pemain legenda seperti Toni Kroos dan Luka Modric telah berjaya membentuk gandingan midfield yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam dunia bola sepak sejak sedekad lalu.

Mereka masih lagi cemerlang sehingga ke hari ini dengan Casemiro memainkan peranan paling penting di posisi midfield Los Blancos.

Pemain kebangsaan Brazil itu merupakan pemain yang sangat aggresif ketika sedang beraksi di atas padang.

Beliau berada di kedudukan keempat dalam senarai pemain paling banyak melakukan tackle dalam saingan La Liga musim ini, dengan Casemiro mencatatkan 86 tackle.

Beliau juga berada di kedudukan keempat dalam saingan La Liga sebagai pemain paling banyak membuat pintasan dengan Casemiro cemerlang mencatatkan 53 pintasan.

Beliau juga memainkan peranan penting ketika membantu Real Madrid memenangi penguasaan bola dan turut dianggap watak penting untuk skuad kendalian Carlo Ancelotti itu dalam semua pertandingan.

3) Fabinho (Liverpool)

Liverpool merupakan antara pasukan paling dominan di pentas bola sepak Eropah sepanjang musim ini, dengan mereka sudah berjaya membawa pulang satu Piala (Carabao Cup) sebelum ini.

Mereka juga pada ketika ini sedang sangat berpotensi untuk menjadi pasukan pertama yang bakal memenangi quadruple.

Liverpool merupakan antara pasukan yang paling sukar untuk ditembusi dan antara faktor penting yang menyebabkan hal itu berlaku adalah kewujudan Fabinho di tengah padang.

Fabinho secara keseluruhannya telah berjaya melakukan 48 pintasan untuk Liverpool sepanjang musim ini dalam saingan Premier League.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1514922980727562240?t=kVIK7AkhLK2-mV-slrARAQ&s=19

Beliau juga sangat berguna ketika Liverpool berdepan dengan situasi sepakan penalti dengan Fabinho sepanjang musim ini sudah berjaya menjaringkan 7 gol dan mencatatkan satu assists untuk The Reds dari 39 penampilan.

Fabinho jelas sekali seorang pemain yang sangat tenang di bahagian tengah dan sangat sukar sebenarnya untuk pemain lawan menandingi kekuatan beliau.

2) Declan Rice (West Ham United)

Tidak mengejutkan mengapa Declan Rice menjadi pemain paling diburu oleh kebanyakan kelab pada jendela perpindahan Januari lalu, dengan beliau pada musim ini sekali lagi berjaya membuktikan kemampuan sebenarnya.

Rice jelas sekali telah banyak menyumbang di posisi midfield West Ham dengan beliau juga turut dianggap nadi terpenting untuk skuad kendalian David Moyes itu.

Beliau bukan hanya hebat ketika mematahkan serangan lawan dan memenangi penguasaan bola, namun beliau juga sebenarnya turut mempunyai kualiti yang menakjubkan untuk membantu jentera serangan.

Rice berjaya melengkapkan 31 gelecekan dari 52 percubaan dalam saingan Premier League musim ini dan beliau turut memainkan peranan penting ketika membantu barisan pertahanan The Hammers.

Beliau juga turut berjaya menjaringkan lima gol dan mencatatkan empat assists dari 42 penampilan dalam semua pertandingan untuk West Ham sepanjang musim ini.

1) Rodri (Manchester City)

Rodri jelas sekali seorang pemain yang sungguh luar biasa menakjubkan dalam kem Manchester City pada ketika ini, dengan pemain kebangsaan Sepanyol itu dianggap antara pemain bola sepak paling bijak pada ketika ini..

Beliau juga dikenali sebagai seorang pemain midfield yang tak kenal erti penat dengan Rodri kebiasaannya berada di mana-mana sahaja di atas padang.

Positioning beliau, pengatahuan taktikal dan awareness beliau sememangnya sangat dikagumi dan kerana beliau juga skuad kendalian Pep Guardiola selesa bermain dengan corak permainan mereka pada ketika ini.

Rodri sering melakukan tugas yang sepatutnya dilakukan oleh dua pemain di posisi midfield dengan beliau secara puratanya mencatatkan 87.58 hantaran dari setiap perlawanan dalam saingan Premier League.

Rodri turut berjaya melakukan 33 pintasan dan 40 hadangan serta beliau turut berjaya mencatatkan statistik 60% kemenangan dari setiap tackle yang beliau lakukan.

Pemain berusia 25 tahun itu turut berjaya menjaringkan tiga gol dan mencatatkan satu assists dari 37 penampilan dalam semua pertandingan bersama City musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN