Liga Super: ‘I’m Back’ – Romel Morales Ledak 2 Gol Untuk KL City Atasi Sabah

Romel Morales KL City

Romel Morales menjadi wira buat Kuala Lumpur (KL) City FC apabila meledak dua gol untuk membantu pasukannya menundukkan Sabah FC dalam aksi minggu ke-5 Liga Super dengan keputusan 2-0.

Kedua-dua pasukan mempamerkan tempo perlawanan yang rancak sejak daripada wisel permulaan dengan Sabah dilihat lebih banyak menekan KL City dengan beberapa siri gerakan ke depan gawang tuan rumah.

Sejak kebelakangan ini, Sabah telah mula mempamerkan prestasi yang baik dan lebih tersusun selepas tewas dalam perlawanan pertama Liga Super – tumbang 0-1 kepada Negeri Sembilan FC pada awal Mac lalu.

Kevin Mendoza diuji dua kali dalam 15 minit pertama menerusi rembatan jarak jauh Tommy Mawat Bada yang ditepisnya sebelum menghadang rembatan jarak dekat kapten Sabah, Baddrol Bakhtiar selepas menerima hantaran lambung Taiki Kagayama. KL City terpaksa bertahan sambil menanti peluang untuk counter-attack.

Selepas dibolosi sehingga tiga gol oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam dua aksi sebelum ini, Kevin Mendoza mempamerkan ketangkasannya ketika melayan kunjungan Melaka United dengan berjaya melakar cleansheet.

The City Boys dilihat sulit untuk memecah benteng pelawat dengan setiap hantaran akhir ke kawasan penalti lawan telah berjaya dikeluarkan barisan pertahanan. Khairul Fahmi diberikan rehat sepanjang 30 minit awal.

Datuk Ong Kim Swee menyenaraikan formasi 3-4-3 seperti biasa dengan tiga bek tengah ditunjangi Jackson de Souza, Dominic Tan dan Rawilson Batuil sementara dua bek sayap ditugaskan kepada Rizal Ghazali dan Stuart Wilkin yang dilihat akan turun untuk membantu tiga bek tengah mereka ketika pasukan dalam fasa bertahan.

Akhirnya selepas ditekan berkali-kali, KL City yang berjaya memecah kebuntuan pada minit ke-35 menerusi tandukan tipis Romel Morales memperdaya Khairul Fahmi yang kali pertama diuji oleh tuan rumah. Ia bermula dengan sepakan percuma oleh kapten, Paulo Josue yang membuat hantaran kemas ke depan gawang gol.

Respon segera Sabah adalah pada minit ke-40 apabila Kim Swee mengeluarkan Saddil Ramdani dan memberi ruang kepada Amri Yahyah untuk beraksi. Mungkin beliau melihat pemain tersebut gagal memberikan impak. Kemasukkan Amri Yahyah telah memberikan nafas baharu di sebelah kanan dengan kelincahan gerakannya.

Minit ke-49, Park Tae-su merembat bola melewati gawang gol tuan rumah menerusi asakan pertama Sabah di babak kedua sebelum seminit kemudian Rawilson Batuil pula datang untuk menguji Kevin Mendoza. Secara kasarnya, KL City bernasib baik untuk mendahului perlawanan walaupun Sabah yang banyak mengasak.

Minit ke-68, rembatan Taiki Kagayama hampir membolosi gawang KL City dengan Kevin Mendoza telah dipaksa membuat dua aksi menyelamat apabila Nazirul Naim menyambut tepisan penjaga gol The City Boys selepas itu.

Dua minit menuju wisel penamat, hasil counter-attack The City Boys berjaya memerangkap pelawat yang menyaksikan Dominic Tan membuat kesilapan mudah melepaskan bola kepada Romel Morales yang seterusnya melewati Khairul Fahmi yang telah meninggalkan gawangnya untuk jaringan kedua peribadinya.

Kemenangan kedua KL City ini membantu skuad kendalian Bojan Hodak melonjak ke kedudukan kelima liga dengan tujuh mata, sementara Sabah yang tewas buat kali pertama selepas dua aksi kekal di kedudukan kedua.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN