5 Pasukan Yang Memiliki Barisan Pemain Midfield Terhebat Dunia

Posisi midfield merupakan nadi penting untuk mana-mana kelab dalam dunia bola sepak hari ini, dengan pemain di posisi tersebut dianggap tunjang utama skuad masing-masing.

Memenangi bola dari tengah, mengawal penguasaan bola, membantu barisan pertahanan dan membantu jentera serangan merupakan tugas utama pemain yang bermain di posisi midfield.

Memiliki barisan midfield yang stabil jelas sekali dianggap sebagai satu kelebihan untuk mana-mana pasukan dalam dunia bola sepak.

Memiliki pemain midfield yang kreatif dan teknikal juga bukanlah satu kelebihan untuk skuad kerana midfield yang sebenar-benarnya hebat adalah memiliki barisan pemain yang stabil dan seimbang.

Mereka perlu ada pemain yang kental dalam mematahkan serangan lawan, pemain yang boleh membantu jentera serangan dan pemain yang hebat dalam mengawal penguasaan bola.

Memiliki pemain midfield yang mempunyai kemampuan menghantar bola dan mempunyai vision yang menakjubkan juga sebenarnya membantu barisan midfield itu menjadi semakin mantap.

Berikut merupakan lima kelab yang memiliki barisan midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dengan mereka mempunyai barisan pemain yang sangat seimbang dan berkualiti tinggi.

5) Liverpool

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merupakan antara pengurus terhebat dalam dunia bola sepak hari ini. Beliau berjaya mengubah skuad Liverpool untuk menjadi kuasa besar di benua Eropah.

Sejak enam musim kebelakangan ini, Liverpool semakin lama semakin berjaya dan kini dianggap sebagai antara kelab terhebat dalam dunia bola sepak.

Pemain midfield Liverpool dianggap antara yang paling cekap dalam dunia bola sepak hari ini, dengan mereka turut memiliki pemain defensive midfielder terhebat dunia, Fabinho.

Bintang Brazil itu merupakan nadi penting yang sering mematahkan serangan lawan dan beliau juga mampu untuk merampas penguasaan bola dari bahagian tengah.

Jordan Henderson pula merupakan pemain yang paling bekerja keras dengan beliau memiliki kelebihan membaca permainan dengan sangat baik.

Beliau sentiasa berjaya menemui ruang untuk melakukan hantaran dan membuat pintasan dengan Henderson tidak dinafikan lagi nadi penting di posisi tengah Liverpool.

Thiago Alcantara sementara itu merupakan antara pemain yang mempunyai kemahiran teknikal yang sungguh luar biasa menakjubkan.

Walaupun sudah berusia 30 an, Thiago tetap cemerlang bekerja keras di posisi midfield dan sentuhan serta kualiti hantaran yang beliau miliki tidak boleh dipertikaikan lagi.

Naby Keita, Curtis Jones dan James Milner juga mempunyai kualiti yang sangat menakjubkan dengan mereka sentiasa bersedia untuk menggantikan Thiago, Fabinho dan Henderson jika diperlukan.

4) Bayern Munich

Bayern Munich memiliki dua pemain midfield yang sungguh berkualiti dan boleh dianggap yang terbaik di benua Eropah pada ketika ini.

Joshua Kimmich dianggap sebagai holding midfielder terhebat dalam dunia bola sepak, sementara gandingan beliau Leon Goretzka pula dianggap sebagai pemain box-to-box midfielder terbaik di dunia pada ketika ini.

Gandingan dua pemain itu jelas sekali berjaya memantapkan barisan midfield Bayern Munich dengan kedua-dua mereka turut mempunyai kualiti hantaran yang menakjubkan.

Goretzka turut mempunyai kelebihan jika terlibat dalam situasi bola mati dengan beliau bakal menjadi ancaman utama pasukan lawan dalam situasi tersebut.

Thomas Muller kerap diturunkan sebagai pemain yang bermain di posisi attacking midfielder dengan beliau akan bermain di hadapan Kimmich dan Goretzka.

Muller merupakan pemain paling banyak mencatatkan assists di benua Eropah dengan beliau musim ini sudah berjaya menjaringkan 12 gol dan turut mencatatkan 22 assists dari 40 penampilan.

Selain tiga pemain itu, Bayern turut memiliki midfield berkualiti lain di bangku simpanan seperti Marcel Sabitzer, Corentin Tolisso dan Jamal Musiala.

3) Barcelona

Barcelona jelas sekali sangat bergelut pada awal musim 2021/22 ini dengan gergasi Catalan itu tidak memiliki skuad yang seimbang.

Selepas selesai jendela perpindahan Januari baru-baru ini, skuad Barcelona dilihat semakin menyerlah dan mereka pada ketika ini turut dianggap sebagai antara pasukan paling berprestasi di benua Eropah.

Harus diakui, Barcelona memiliki barisan pemain midfield yang masih muda namun pengalaman yang mereka miliki harus diakui.

Pemain berusia 19 tahun, Pedri jelas sekali antara pemain midfield terhebat dunia pada ketika ini dengan beliau turut dibandingkan dengan legenda kelab, Iniesta.

Pemain berusia 17 tahun, Gavi turut beraksi dengan sangat cemerlang pada ketika ini selepas beliau pada musim ini diserap masuk sertai skuad utama dari akademi La Masia.

Frenkie de Jong turut berjaya mendapatkan tahap persembahan terbaiknya di bawah kendalian Xavi Hernandez sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Gergasi La Liga itu turut mempunyai pemain seperti Nico Gonzalez dan Riqui Puig sebagai pemain yang akan ada di bangku simpanan.

Persembahan mantap pemain midfield Barcelona jelas terbuka selepas melihat bagaimana mereka mendaki dari kedudukan keenam dalam carta liga kepada kini di kedudukan kedua.

2) Manchester City

Mungkin tak ada mana-mana pasukan dari senarai ini yang memiliki barisan pemain midfield yang mempunyai kemahiran teknikal yang sungguh menakjubkan seperti apa yang dimiliki oleh skuad The Citizens.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu dianggap sebagai antara kelab terhebat dalam dunia bola sepak sepanjang musim ini.

Apa yang membezakan mereka dengan pasukan lain adalah kualiti pemain midfield yang mereka miliki, dan itulah kelebihan utama The Citizens.

Rodri merupakan antara deep-lying playmaker terhebat yang ada dalam dunia bola sepak hari ini dengan beliau mempunyai kelebihan dalam membaca permainan dan beliau juga merupakan pemain yang sangat bijak.

Kecemerlangan Rodri menyebabkan Pep Guardiola akan berdepan kesukaran seandainya mereka terpaksa turun tanpa pemain midfield mereka itu.

Bernardo Silva sementara itu harus diakui merupakan antara central midfielder terhebat dalam saingan Premier League musim ini.

Beliau merupakan antara pemain paling berprestasi pada ketika ini dan gandingan beliau bersama Kevin De Bruyne jelas sekali bakal menjadi igauan ngeri pemain lawan.

Bukan itu sahaja, Man City turut mempunyai pemain seperti IIkay Gundogan, Phil Foden, Fernandinho dan Cole Palmer di bangku simpanan mereka.

1) Real Madrid

Trio midfield Real Madrid, Casemiro, Luka Modric dan Toni Kroos jelas sekali dianggap sebagai trio terhebat dalam dunia bola sepak hari ini.

Trio tersebut berjaya membantu Real Madrid memenangi tiga gelaran Champions League secara berturut-turut pada musim 2016 hingga 2018.

Kesemua tiga pemain itu pada ketika ini sudah berusia 30 an dan sehingga kini masih sukar untuk mencari barisan midfield yang mampu mendominasi mereka.

Luka Modric merupakan antara pemain yang mempunyai vision dan kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan walau beliau kini sudah berusia 36 tahun.

Toni Kroos pula lebih dianggap sebagai maestro dengan beliau mempunyai kemampuan teknikal yang cukup menakjubkan.

Casemiro pula terus menjadi antara pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dengan beliau mempunyai kemampuan yang sungguh menakjubkan untuk mematahkan serangan lawan.

Selain ketiga-tiga pemain itu, Real Madrid turut mempunyai pemain seperti Federico Valverde, Eduardo Camavinga, Dani Ceballos dan Isco sebagai pemain gantian.

Carlo Ancelotti jelas sekali mempunyai barisan pemain midfield terhebat dalam dunia bola sepak hari ini dan kerana itulah mereka kini sedang berjaya memimpin carta saingan La Liga dan turut selangkah untuk layak ke peringkat separuh akhir saingan Champions League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN