“Spiderman, Wolverine, Dewa” – Casillas Hamburkan Pujian Kepada Benzema

Legenda Real Madrid, Iker Casillas telah menghamburkan pujian yang menggunung kepada bekas rakan sepasukannya, Karim Benzema selepas bintang Perancis itu mencatatkan hat-trick bertemu Chelsea.

Karim Benzema cemerlang mencatatkan hat-trick ketika membantu Real Madrid menewaskan Chelsea dalam aksi leg pertama peringkat suku akhir saingan Champions League.

Melihat kecemerlangan pemain penyerang Los Blancos itu, Casillas tampil menghamburkan pujian yang menggunung kepada bekas rakan sepasukannya itu.

https://twitter.com/SportsbookBTC/status/1511994218272608257?t=uC3ZHO4pdFXhWTChiw4qqw&s=19

Dari ‘Spiderman’ hinggalah ke ‘Dewa’ itulah yang ditulis oleh Casillas bagi menggambarkan kehebatan Karim Benzema dalam perlawanan tersebut.

Pasukan tuan rumah sebenarnya memulakan perlawanan dengan sangat baik namun mereka gagal untuk menghalang pasukan pelawat dari merobek gawang gol mereka terlebih dahulu.

Hasil hantaran silang cantik dari Vinicius Jr pada minit ke-21 permainan, Karim Benzema cemerlang menanduk masuk bola tersebut untuk menewaskan Edouard Mendy.

Tiga minit selepas itu, Karim Benzema sekali lagi cemerlang menewaskan Mendy juga menerusi tandukan padu hasil umpanan cantik dari Luka Modric.

Beberapa minit sebelum tamat aksi babak pertama, Karim Benzema berjaya melengkapkan hat-tricknya selepas beliau cemerlang memanfaatkan kesilapan Mendy untuk merobek gawang Chelsea.

Casillas yang sebelum ini pernah berkongsi bilik persalinan dengan Benzema selama enam musim itu tampil menghamburkan pujian menggunung kepada bintang Perancis itu atas aksi hebat yang dipersembahkan.

Menulis di laman twitter, Iker Casillas menyatakan bahawa:

“K9 adalah Spiderman. K9 adalah Wolverine. K9 adalah Penjaga pintu banggunan. K9 adalah sahabat kamu. K9 adalah nenek kamu. K9 adalah Presiden USA. K9 adalah Monitor yang yang akan kamu ikut untuk terjun bersama menggunakan parachute. K9 adalah Malaikat pelindung kamu. K9 adalah Dewa.”

Benzema tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain terbaik ketika aksi kemenangan 3-1 Real Madrid menewaskan Chelsea awal pagi tadi.

Beliau juga turut memainkan peranan penting ketika membantu Real Madrid untuk layak ke peringkat suku akhir dengan Benzema menjadi nadi kebangkitan Los Blancos menewaskan PSG di pusingan 16 terbaik.

Beliau turut cemerlang mencatatkan hat-trick ketika membantu Real Madrid untuk menewaskan Paris Saint Germain seterusnya melayakan diri ke peringkat suku akhir.

Benzema merupakan pemain kedua selepas Cristiano Ronaldo yang berjaya mencatatkan hat-trick dalam dua perlawanan secara berturut-turut di peringkat kalah mati dalam saingan Champions League.

Real Madrid catat kemenangan pertama bertemu Chelsea

Kemenangan pada hari ini bukan hanya istimewa untuk Benzema seorang sahaja, tapi ia juga sebenarnya kejayaan yang cukup manis untuk Juara 13 kali saingan Champions League itu.

Kemenangan di Stamford Bridge itu merupakan kemenangan pertama Real Madrid menewaskan Chelsea dalam saingan Champions League, dengan Los Blancos gagal untuk melakukan hal sama sejak dua pertemuan mereka sebelum ini.

Pertemuan pertama kedua-dua pasukan dalam saingan Champions League adalah pada musim lalu di peringkat separuh akhir.

Skuad Real Madrid yang ketika itu dikendalikan oleh Zinedine Zidane hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 di Santiago Bernabeu dan tewas 2-0 di Stamford Bridge.

Musim ini, selepas kejayaan mereka menewaskan The Blues 3-1 dalam aksi leg pertama di peringkat suku akhir, Real Madrid sudah tentu mahu mengulangi kejayaan sama ketika aksi leg kedua di Santiago Bernabeu minggu hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN