“Misi Kita Adalah Tiga Mata” – Nafuzi Zain Cabar Pemain Raih Kemenangan Atasi Sarawak United

Selaku antara pasukan pilihan musim ini, Terengganu pastinya merasa sedikit tekanan apabila masih gagal untuk mengutip sebarang mata selepas dua perlawanan yang diharungi.

Skuad ini tidak bermula dengan baik dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini apabila terlepas beberapa perlawanan awal akibat jangkitan Covid-19.

Lebih memeritkan, sebaik sahaja mereka kembali beraksi setelah selesai menjalani kuarantin, skuad kendalian Nafuzi Zain dikejutkan pula menerusi kekalahan atas pasukan Petaling Jaya City dengan keputusan 0-3.

Menuju ke perlawanan seterusnya, Terengganu terpaksa akur dengan kekalahan kedua setelah tumpas di tangan Johor Darul Takzim di Stadium Sultan Ibrahim dengan keputusan 1-2.

Untuk aksi malam esok menentang Sarawak United, Nafuzi Zain mencabar anak buahnya untuk menewaskan lawan di Stadium Negeri, Kuching bagi mengutip tiga mata pertama musim ini.

Menurut Nafuzi, dengan kemenangan yang terhasil sahaja mampu untuk meningkatkan kembalo motivasi para pemain setelah kini Terengganu berada di dasar liga tanpa sebarang mata mampu dikutip selepas mengharungi dua perlawanan.

Selain itu, Nafuzi juga menggesa agar para pemain mampu memberikan persembahan yang cemerlang di gelanggang lawan sekali gus menghidupkan kembali peluanh mencapai kemenangan meski pun mereka terpaksa mengharungi perjalanan yang jauh sebelum sampai di sana.

“Jika dilihat prestasi terkini pasukan, para pemain sudah menunjukkan peningkatan yang ketara sebagaimana yang dibuktikan mereka ketika berdepan dengan Johor Darul Ta’zim (JDT), Ahad lalu walaupun kita tumpas 2-1.

“Jadi ini cabaran kepada pemain berdepan skuad Sarawak United nanti kerana misi kita adalah tiga mata sekali gus menjadi tonik berharga buat mereka untuk meneruskan saingan liga menentang Selangor FC di laman sendiri pada 22 April ini.

“Saya yakin dan percaya dengan persediaan rapi dilakukan ditambah para pemain sudah bersedia sepenuhnya untuk menamatkan kekalahan dalam dua aksi berturut-turut sebelum ini, ianya bakal menjadi ‘senjata’ buat kita untuk memburu kemenangan pertama,” katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin semalam menerusi Arena Metro.

Dalam masa sama, pengendali muda berbakat itu juga akui bakal membuat sedikit rombakan dari segi taktikal dan para pemain setelah melihat situasi semasa ada segelintir anak buahnya mengalami sedikit kecederaan ringan dan masih belum cergas sepenuhnya untuk dibawa turun beraksi.

“Mengenai rombakan dalam pasukan, kita akan menilai prestasi dan tahap kecergasan semasa para pemain sebelum disenaraikan, tapi saya sudah bersedia dengan taktikal yang bakal diterapkan tambahan pula para pemain juga sudah bersedia untuk memburu kemenangan pertama.

“Ingatan saya buat pemain agar mereka lebih fokus sepanjang aksi 90 minit tanpa mengambil mudah kerana kita tahu pemain skuad itu pasti juga mahu merakam kemenangan pertama beraksi di tempat sendiri tambahan pula jurulatih mereka, B Sathianathan cukup berpengalaman.

“Saya harapkan barisan penyerang mampu laksanakan tanggungjawab dengan berkesan untuk memburu jaringan selain menuntut barisan pertahanan bijak bertahan dengan jentera tengah mampu merencana gerakan,” katanya.

Untuk jangkaan para pemain yang mungkin dipilih Nafuzi menjelang perlawanan malam esok ialah pertahanan import baharu mereka iaitu Pape Diakite mungkin disenaraikan selaku pemain utama selain Manuel Ott dan Petrus Shitembi terus memperkukuhkan posisi tengah.

Kelibat penyerang import berbisa dari Liberia, Kpah Sherman bakal mengemudi serangan Terengganu setelah mempamerkan aksi cemerlang sewaktu aksi berdepan JDT sebelum ini.

Ikuti kami di TikTok!

Semuanya BOLA akhirnya telah tiba di TikTok! Ikuti akaun TikTok kami untuk dapatkan info ringkas dan santai mengenai bola sepak dalam bentuk video pendek sekarang.

Jom buat ramai di sana dengan ikuti di tiktok.com/@mysemuanyabola sekarang!

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN