5 Pasukan Gergasi Yang Berpotensi Terlepas Aksi Piala Dunia Qatar

Kurang setahun dari sekarang para peminat akan disajikan dengan aksi dari saingan Piala Dunia Qatar, yang akan dilangsungkan pada tahun hadapan.

Ia merupakan pentas sukan terbesar dalam dunia dan ia sudah tentu menjadi acara empat tahun sekali yang dinanti-nantikan oleh para peminat.

Pasukan yang bertanding pada ketika ini sedang memasuki pusingan akhir untuk sesi kelayakan Piala Dunia, dan beberapa pasukan sudah mengesahkan tempat layak untuk beraksi.

Namun begitu, terdapat juga beberapa pasukan gergasi yang diambang bahaya untuk tersingkir dan tidak akan dapat beraksi dalam saingan Piala Dunia nanti.

Saingan Piala Dunia Qatar akan menampilkan 13 pasukan dari benua Eropah, lima dari Afrika, lima dari Asia (Empat + tuan rumah Qatar), empat dari Amerika Selatan dan tiga dari Amerika Utara.

Baki dua lagi tempat pula, ia akan diisi oleh mana-mana pasukan yang layak selepas beraksi di peringkat play-off antara benua nanti.

Mengikut kedudukan pada ketika ini, beberapa pasukan besar sedang dalam bahaya untuk tidak layak beraksi dalam saingan Piala Dunia nanti.

Berikut merupakan lima pasukan gergasi yang berada dalam kedudukan bahaya untuk terlepas aksi Piala Dunia Qatar tahun hadapan.

5. Sweden

Kekalahan mengejut di tangan Georgia pada minggu lalu sedikit sebanyak merencatkan lagi harapan Sweden untuk layak ke saingan Piala Dunia tahun hadapan.

Kedua-dua Aleksander Isak dan Zlatan Ibrahimovic dipersalahkan kerana banyak mensia-siakan peluang untuk Sweden terus mengatasi Sepanyol.

Sweden pada ketika ini sedang berada di kedudukan kedua dalam saingan peringkat kumpulan B, dengan mereka berjaya mengumpul 15 mata untuk melayakkan diri beraksi di pusingan play-off.

Walau bagaimanapun, perlawanan terakhir mereka di peringkat kumpulan adalah bertemu pendahulu kumpulan, Sepanyol.

La Roja pada ketika ini mendahului saingan peringkat kumpulan B dengan mengumpul 16 mata. Jadi aksi bertemu Sweden minggu hadapan turut menjadi perlawanan wajib menang untuk mereka.

Sweden pada ketika ini memiliki pemain handalan seperti Zlatan Ibrahimovic, Aleksander Isak, Emil Forsberg dan Victor Lindelof dalam skuad mereka.

Jadi dengan barisan pemain yang hebat dan berbakat, agak sayang andai mereka gagal untuk layak ke saingan Piala Dunia tahun hadapan.

4. Jepun

Jepun merupakan antara pasukan paling mencuri tumpuan ketika aksi Piala Dunia 2018 yang lalu, dengan mereka berjaya layak ke peringkat kalah mati selepas berada di kumpulan yang sukar.

Colombia, Poland dan Senegal merupakan antara pasukan yang perlu Jepun hadapi di peringkat kumpulan dan mereka cemerlang untuk mara ke peringkat kalah mati.

Jepun turut berjaya mendahului Belgium dengan keputusan 2-0 ketika mereka bertemu di pusingan 16 terbaik, sebelum Red Devils bangkit mencatatkan kemenangan 3-2 untuk mara ke peringkat suku akhir.

Terdapat muka-muka bintang besar dalam skuad Jepun pada tahun ini seperti Takumi Minamino, Takehiro Tomiyasu, Maya Yoshida dan Junya Ito.

Namun begitu, mereka pada ketika ini berada di kedudukan ketiga dalam saingan peringkat kumpulan B aksi kelayakan zon Asia.

Oleh yang demikian, mereka sepertinya perlu bersaing untuk merebut tempat beraksi dalam play-off untuk melayakkan diri ke saingan Piala Dunia Qatar nanti.

Walau bagaimanapun, Jepun masih berpeluang untuk mengubah kedudukan, seandainya mereka berjaya memenangi tiga baki perlawanan bertemu Arab Saudi, Australia dan Vietnam.

3. Wales

Wales pada ketika ini sedang berada di kedudukan ketiga dalam aksi peringkat kumpulan E aksi kelayakan Piala Dunia zon Eropah.

Mereka terikat sama mata dengan penunggu tempat kedua, Republic Czech, namun dipisahkan dengan perbezaan jaringan sahaja.

Walau bagaimanapun, anak-anak buah Ryan Giggs itu sepertinya lebih berpotensi untuk memintas memandangkan mereka mempunyai kekurangan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Walau bagaimanapun, ia agak sulit untuk Wales kerana Republic Czech selepas ini akan beraksi bertemu Estonia, sementara mereka akan bertemu Belarus dan aksi terakhir mereka adalah bertemu Belgium.

Oleh yang demikian, Wales perlu mencatatkan kemenangan dalam kedua-dua perlawanan untuk setidak-tidaknya berjaya beraksi di pusingan play-off.

Piala Dunia 2022 merupakan edisi terakhir untuk pemain seperti Gareth Bale dan Aaron Ramsey, jadi agak sayang andai mereka gagal untuk membawa skuad kebangsaan mereka beraksi di pentas Piala Dunia nanti.

2. Switzerland dan Itali

Peluang untuk Itali melayakan diri ke saingan Piala Dunia sepertinya semakin sukar selepas mereka hanya mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 bertemu Switzerland sebelum ini.

Jorginho gagal menyempurnakan sepakan penalti secara tidak langsung meletakkan The Azzuri di kedudukan bahaya selepas mensia-siakan peluang untuk mengatasi Switzerland.

Itali dan Switzerland pada ketika ini berkongsi mata yang sama, dengan kedua-dua pasukan mengutip 15 mata selepas mengharungi tujuh perlawanan.

Itali memiliki kelebihan dari segi jaringan berbanding Switzerland, dengan anak-anak buah Roberto Mancini akan beraksi bertemu Ireland dalam perlawanan terakhir mereka, sementara Switzerland pula akan beraksi bertemu Bulgaria.

Switzerland telah mempamerkan aksi persembahan cukup mantap ketika beraksi di kejohanan Euro 2020, dengan mereka cemerlang menyingkirkan Perancis di pusingan 16 terbaik.

Salah satu pasukan dari dua pasukan ini berpotensi untuk terlepas slot layak ke saingan Piala Dunia Qatar, dan ia jelas satu hal yang membimbangkan untuk kedua-dua pasukan.

1. Uruguay

Uruguay merupakan antara gergasi bola sepak dari benua Amerika Selatan, empat pasukan dari benua itu akan layak untuk beraksi di pentas Piala Dunia Qatar nanti.

Brazil dan Argentina masing-masing sudah berada di kedudukan selamat pada ketika ini, dengan dua lagi tempat kini sedang menjadi milik Ecuador dan Chile.

Uruguay telah tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka, dan gagal mencatatkan sebarang kemenangan dari empat perlawanan kelayakan Piala Dunia.

Mereka pada ketika ini berada di kedudukan keenam dalam saingan peringkat kumpulan, dengan mengumpul mata yang sama dengan Chile.

Walau bagaimanapun, Chile lebih berpeluang untuk layak memandangkan mereka mempunyai kelebihan dari segi jaringan berbanding Uruguay.

Colombia pada ketika ini berada di kedudukan kelima juga dengan kelebihan dari segi jaringan.

Namun begitu, Uruguay sepertinya memiliki laluan yang lebih mudah selepas ini, kerana mereka sudah beraksi bertemu dua gergasi Amerika Selatan, Brazil dan Argentina.

Chile masih belum beraksi bertemu Brazil dan Argentina, sementara Colombia pula sudah selesai dengan The Selecao namun mereka masih ada satu perlawanan untuk bertemu dengan La Albiceleste.

Uruguay masih berkesempatan untuk layak, namun mereka langsung tidak boleh melakukan sebarang kesilapan lagi selepas ini.

Piala Dunia kali ini merupakan edisi terakhir untuk Edinson Cavani dan Luis Suarez, dan jelas sekali ia sangat merugikan andai mereka gagal untuk layak beraksi di pentas Piala Dunia.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN