Di Usia 40 Tahun, Zlatan Ibrahimovic Tak Terfikir Untuk Bersara

Pemain veteran Sweden, Zlatan Ibrahimovic yakin beliau masih mampu untuk terus bermain, walau usianya genap 40 tahun pada Oktober lalu.

Beliau merasakan yang usia sebenarnya hanya sekadar angka yang tidak menjamin apa-apa dan tidak menjejaskan hasratnya untuk terus aktif bermain bola sepak secara kompetetif.

Zlatan Ibrahimovic menegaskan yang beliau akan terus bermain selepas kontrak asalnya bersama AC Milan tamat, dan tidak akan pernah berhenti sehingga khidmatnya tidak diperlukan lagi.

Legenda bola sepak Sweden yang usianya sudah mencecah 40 tahun pada awal bulan lalu itu, terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dalam saingan Serie A.

Beliau bahkan turut sudah menandatangani perjanjian baru bersama The Rossoneri pada April lalu dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bersara.

Ramai yang menjangkakan Zlatan Ibrahimovic akan menamatkan kariernya di San Siro selepas melihatkan kepada usianya ketika ini.

Namun begitu, pemain penyerang itu menegaskan yang beliau masih mampu untuk terus bermain dan akan tetap bermain walau kelab tidak mahu melanjutkan lagi kontraknya.

“Rahsia sebalik ketahanan saya adalah fikiran saya, dengan saya berusaha untuk membuktikan yang 40 hanyalah nombor dan saya boleh terus lakukan apa saja yang saya suka.”

Jelas Zlatan Ibrahimovic kepada Telefoot ketika membincangkan soal masa depan beliau.

“Saya mahu terus berkembang setiap hari. Jelas sekali, saya tak boleh bermain seperti mana saya main sebelum ini, tapi saya semakin bijak sekarang. Saya tak terkejut dengan persembahan saya, saya memang yang terbaik.”

Zlatan Ibrahimovic yakin beliau mampu lakukan lebih baik untuk AC Milan

“Saya tidak ada apa-apa untuk dibuktikan lagi, tapi saya tak mahu bersara dan kemudian menyesal tentang itu, berfikir saya tak boleh teruskan. Saya tak mahu berhenti selagi saya tidak dibuang, selesa dan benar-benar sudah puas.”

Pemain penyerang veteran itu telah membina reputasi yang cukup menakjubkan sepanjang kariernya yang sudah hampir tiga dekad lebih ketika ini.

Beliau telah berjaya memenangi kejuaraan di lima negara berbeza termasuk gelaran Eropah bersama Barcelona dan Manchester United.

Selepas beliau berjaya membantu AC Milan memberi saingan sengit kepada Inter Milan dalam saingan Serie A musim lalu, Ibrahimovic percaya yang beliau mampu membantu kelabnya untuk melakukannya sekali lagi.

Zlatan percaya yang beliau akan mampu untuk membantu Milan sekali lagi menjuarai saingan Serie A seperti mana beliau melakukannya pada musim 2010/11 yang lalu.

“Kita boleh percaya pada peluang kita.”

Tambah Zlatan lagi.

“Semakin kamu percaya, semakin ia menjadi kenyataan. Tanpa kepercayaan dan kerja keras, kamu tak boleh capai matlamat kamu.”

Selepas bertemu Roma pada hujung minggu ini, yang mana beliau akan kembali bertemu bekas pengurus kesayangannya, Jose Mourinho, beliau akan beri tumpuan untuk aksi saingan Champions League.

AC Milan bakal turun beraksi bertemu Porto dalam saingan Champions League, dan mereka kemudiannya akan beri tumpuan untuk aksi Milan derby pada awal November ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN