“Apa Punya Peluru Kapoq” – Presiden KDA FC, Sanusi Balas ‘Tembakan’ TMJ

Sanusi Md Nor Presiden Kedah DA FC TMJ

Presiden Kedah Darul Aman FC, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor membalas kritikan TMJ atas isu semasa tunggakan gaji pasukannya dengan satu kenyataan ringkas di laman Facebooknya, lewat malam tadi.

Kedah sebagaimana semua telah sedia maklum melalui masalah tunggakan gaji dan ia bukan lagi rahsia iaitu dikatakan selama dua bulan. Dan aksi longlai dalam perlawanan terakhir dikatakan berpunca daripada masalah tunggakan gaji tersebut. Kedah tewas 0-2 kepada Melaka United yang memberikan mereka masalah besar.

Ini kerana, tewas kepada Melaka United menyebabkan Kedah menamatkan saingan Kumpulan C, Piala Malaysia 2021 di kedudukan kedua dan akan bertemu juara Kumpulan D iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), malam ini.

Bakal bertemu juara Liga Super lapan musim berturut-turut itu menyebabkan dengan segera pihak pengurusan melangsaikan tunggakan gaji. Menurut laporan Utusan Malaysia, ia telah diselesaikan pada malam semalam.

DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim atau Tunku Mahkota Johor (TMJ) yang merupakan pemilik JDT sebelum itu berkata di laman Instagramnya tentang tunggakan gaji skuad Kedah yang baru dilunaskan oleh pengurusan, “Bila nak lawan JDT sahaja ke baru nak bayar gaji? Sampai bila nak perangai macam ni? Kepala pistol.”

Ada benarnya juga kenyataan TMJ itu. Sampai bila pihak pengurusan pasukan mahu meneruskan pentadbiran pasukan sebegini. Pemain juga manusia dan mereka bekerja dengan bermain untuk pasukan yang diwakilinya.

Bagitupun, lewat malam tadi, kenyataan pedas TMJ itu dibalas semula oleh Presiden pasukan yang juga merupakan Menteri Besar Kedah ketika ini, Sanusi dengan berkata, “La ni bulan sebelaih [11] dah. Bulan satu sampai bulan sepuluh kena lawan JDT tiap-tiap bulan kaaa??? Apa punya peluru kapoq tala ikut suka dia.”

Nampaknya Sanusi tidak memahami apa isi penting yang cuba disampaikan oleh TMJ kepada Kedah.

Oleh itu, dengan memberi jawapan sedemikian rupa, seperti membayangkan ini adalah kali pertama Kedah melalui masalah sebegini, sedangkan sabah tahun, skuad Hijau Kuning dibebani masalah yang sama sehingga kapten, Baddrol Bakhtiar pernah mengulasnya dalam sidang media, pada aksi terakhir Liga Super yang lalu.

 

Leave a Reply