Derbi Lembah Klang Tak Cukup Panas, Pertembungan Malam Ini Mungkin ‘Booster’ Terbaik

Bojan Hodak KL City Selangor FC Derbi Lembah Klang 2021

Suku akhir Piala Malaysia 2021 antara Selangor FC dan KL City FC nampak tak cukup panas walaupun akan berlangsung Derbi Lembah Klang yang mana pemenangnya akan berhak bercakap besar untuk musim ini.

Dalam saingan Liga Super musim ini, kedua-dua pasukan tidak dapat mengatakan Lembah Klang milik mereka kerana kedua-dua perlawanan berkesudahan seri 1-1. Jadi, pertembungan kali ini amat penting buat mereka.

Jika sebelum musim bermula KL City memberikan ‘salam derbi’ buat Selangor dengan kehadiran semula mereka ke saingan tertinggi Liga Malaysia, namun untuk aksi suku akhir pertama malam ini, ia suram.

Sebagaimana kata-kata Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KL City, Stanley Bernard, “Itu [perubahan kepada menjadi lebih profesional] akan membawa sedikit keenakan apabila Kuala Lumpur menentang Selangor.”

Bagaimanapun, dalam pertembungan suku akhir yang seharusnya mula panas ini dilihat tidak menjadi. Mungkin keputusan malam ini akan menjadi ‘booster’ kepada perseteruan kedua-dua pasukan ini semula.

Satu masa dahulu, di era 80-an, pertembungan kedua-dua pasukan sentiasa ada bibit-bibit panas. Ianya masih berterusan sehingga ke era 90-an ketika Azman Adnan berhijrah ke Selangor daripada Kuala Lumpur.

Pada saat ini, pertemuan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman lebih menjadi tumpuan.

Pengendali KL City, Bojan Hodak yang pernah berkata yang pasukannya mahukan kemenangan dalam Derbi Lembah Klang, kali ini dilihat merendahkan suaranya. Mungkin ia satu psikologi, hanya beliau mengetahuinya.

Sebelum pertembungan kedua mereka di saingan liga pada Julai lalu yang berkesudahan dengan keputusan seri 1-1 di Stadium KLFA, Cheras, Bojan Hodak dipetik pernah berkata, “Saya rasa tiada masalah untuk kami menewaskan mereka [Selangor] dan dinobatkan sebagai pasukan terbaik di Lembah Klang ketika ini.”

Kali ini, ini katanya, “Kami bukan pasukan pilihan untuk menang dengan Selangor biarpun ramai melihat prestasi KL City cukup baik setakat ini di saingan Piala Malaysia. Selangor ada kelebihan dari segi pilihan pemain kerana mempunyai pasukan simpanan berbanding dengan KL City yang punyai sebuah skuad yang kecil.

Bagaimana anda melihat Derbi Lembah Klang malam ini dan musim ini keseluruhannya? Apa kata penyokong?

Leave a Reply