Pinjamkan Quentin Cheng Sahaja, ‘Pakej’ Bawa Balik Sam Somerville Sekali

Quentin Cheng Sam Somerville Penang FC Selangor FC 2022

Untung sabut timbul, itulah yang sesuai diungkapkan tentang pinjaman bek kanan Selangor FC, Quentin Cheng ke Penang FC apabila beliau meraih minit permainan tinggi serta bawa balik penjaga gol, Sam Somerville.

Beliau dipinjamkan selepas dimaklumkan tiada perancangan dalam skuad utama Selangor musim ini dan atas inisiatifnya, beliau memohon untuk dipinjamkan keluar kerana tidak mahu bermain sekadar di Liga Premier.

Hasilnya, beliau merupakan pemain utama di benteng Penang FC yang meraih kedudukan ketiga Liga Super 2021, juga merekodkan 1959 daripada 1980 minit permainan sepatutnya dan beliau baru berusia 21 tahun.

Beliau turut mendapat panggilan skuad B-23 dan skuad senior kebangsaan. Ia satu penghormatan buat pemain muda sepertinya yang telah segera memberi impak ketika bersama Penang FC dan juga skuad negara.

Beliau turut berjaya membantu skuad Harimau Muda untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia B-23.

Jadi, adakah beliau akan pulang dan meneruskan aksi cemerlangnya bersama The Red Giants pula? Atau misinya di Pulau Mutiara adalah sebagai ejen untuk membawa pulang penjaga gol, Sam Somerville.

Selangor hanya memiliki dua penjaga gol dalam skuad utama iaitu Khairulazhan Khalid dan Tauffiq Ar Rasyid dengan dibantu pemain dari Selangor 2 iaitu Sikh Izhan Nazrel. Berdasarkan penampilan, jelas seperti hanya Khairulazhan sahaja yang beraksi bersama mereka. Beliau telah tampil 21 kali dalam saingan Liga Super.

Jadi, mungkin dengan kemasukkan Sam Somerville mampu menghadirkan cabaran yang Tauffiq Ar Rasyid gagal berikan sepanjang musim ini. Sam Somerville cemerlang di Penang FC dengan rekod enam cleansheet.

Berdasarkan ciapan wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam tempohari, Sam Somerville menandatangani kontrak dua tahun bersama Selangor dan rasanya ia khabar yang sahih dan bukan lagi khabar angin.

Jadi, bagaimana pula Quentin Cheng? Jika dilihatkan, Karsten Neitzel memiliki dua bek kanan yang digunakan sepanjang musim ini. Adakah beliau bersedia menjadi pilihan ketiga berbanding utama di Penang FC?

 

The Red Giants ketika ini memiliki kapten, Syahmi Safari di posisi tersebut disamping A. Namathevan yang merupakan pemain ā€˜backupā€™. Jika dilihat, pengendali Selangor menggunakan kedua-duanya musim ini.

Begitupun, Karsten Neitzel cukup ā€˜berhati-hatiā€™ mengendalikan kedua-dua pemain ini dengan Syahmi Safari tidak akan bermain sepenuh masa, sementara Namathevan pula, jika dimasukkan menandakan perubahan akan berlaku di posisi tersebut. Namathevan yang dimasukkan lewat akan membantu membuatĀ assist.

Menurut penganalisis bebas, Zuraimi Zukri, Namathevan melakar tigaĀ assist, sementara Syahmi Safari tiada!

Kecenderungan Karsten Neitzel untuk tidak menggunakan bek sayap memperlihatkan Syahmi Safari tidak melonjak namanya seperti selalu kerana kekuatan bek kanan berpengalaman itu adalah sebagai bek sayap. Dan kekuatan utama Quentin Cheng adalah ketika beraksi di posisi bek sayap dan bukannya di fullback.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasĀ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN