Empat perlawanan sukar dalam tempoh 13 hari bermula dengan perlawanan menentang Malaysia pada malam ini bukan perkara yang mudah ketua jurulatih Emiriah Arab Bersatu (UAE), Bert Van Marwijk.
Menurut pengendali dari Belanda itu, UAE tidak mempunyai pilihan lain selain daripada untuk menang semua empat perlawanan tersebut untuk mara ke pusingan seterusya.
UAE kini berada di kedudukan ke-4 Kumpulan G, dan akan meneruskan aksi mereka di Stadium Zabeel untuk tempoh 13 hari berikutnya untuk melengkapkan pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bermula dengan perlawanan menentang Malaysia pada malam ini.
يسعى منتخب 🇦🇪 الإمارات لتحقيق عودة قوية عندما يتقابل مع 🇲🇾 ماليزيا بينما يواجه منتخب 🇹🇭 تايلاند نظيره 🇮🇩 الإندونيسي ضمن منافسات المجموعة السابعة في الدور الثاني من #التصفيات_الآسيوية لكأس العالم 2022 وكأس آسيا 2023!
طالع تقديم مباريات المجموعة ⬇️https://t.co/VAcEQNq4GC pic.twitter.com/FS1JUzbpKG
— #كأس_آسيا2023 (@afcasiancup_ar) June 2, 2021
Hanya juara kumpulan kini yang akan layak secara automatik, selain daripada empat pasukan terbaik yang menduduki tangga kedua setiap kumpulan.
Aksi Kumpulan G disambung kembali selepas ditangguhkan selama 19 bulan akibat pandemik Covid-19. UAE kini ketinggalan lima mata di belakang pendahulu, Vietnam namun mempunyai kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.
UAE dipisahkan hanya dengan tiga mata oleh skuad kendalian Tan Cheng Hoe yang kini berada di kedudukan kedua kumpulan. Perlawanan pada malam ini adalah perlawanan timbal balik, setelah pasukan negara ditewaskan 2-1 dalam perlawanan pertama yang diadakan di Bukit Jalil.
Mengulas perlawanan menentang skuad Harimau Malaya, Van Marwijk berkata: “Kami bekerja sangat keras untuk perlawanan ini, dan kami semua tahu ia adalah perlawanan yang amat penting untuk kami.
مارفيك : تركيزي منصب على مباراة ماليزيا لا غير
التفاصيل ⬇️https://t.co/60v42auGPz#منتخب_الإمارات #التصفيات_الآسيوية pic.twitter.com/jQWbb4vgt7
— UAE NT منتخب الإمارات (@UAEFNT) June 2, 2021
“Dan fokus kami juga hanya terarah kepada perlawanan ini. Kami hanya mahu melihat [fokus] dari perlawanan ke satu perlawanan, dan kami cukup sedar bahawa kami perlu menang kesemuanya untuk mara ke peringkat berikutnya.”
Ditanya oleh wartawan bagaimana pasukannya akan berhadapan tekanan kerana memerlukan mata maksimum dari empat perlawanan berikutnya, bekas pengendali Arab Saudi itu berkata: “Inilah [realiti] yang ada. Saya tidak boleh mengubahnya, dan kita semua tahu hakikat itu. Dan kita semua sudah tahu mengenainya [cabaran] agak lama. Semua pemain dan kakitangan – semua pihak – tahu bahawa untuk kami perlu memulakan dengan kemenangan.
“Pada masa yang sama anda memerlukan tekanan untuk berada di kedudukan teratas. Untuk pemain, saya tidak melihat sebarang masalah. Begitu juga dengan saya. Saya hanya memikirkan perlawanan demi perlawanan, sepanjang hayat saya.
“Kerana saya amat mengetahu jika anda mahu menampilkan prestasi terbaik, anda tidak boleh memberikan fokus kepada perkara lain. Ia tidak mudah, tetapi dari sudut lain: kami harus menang.”
خصيف: سنقاتل بقوة من أجل تحقيق هدفنا
التفاصيل ⬇️https://t.co/l7HPV0sGTV#منتخب_الإمارات #التصفيات_الآسيوية pic.twitter.com/2k1eYq7q2q
— UAE NT منتخب الإمارات (@UAEFNT) June 2, 2021
Van Marwijk tidak melihat perlawanan Kumpulan G yang akan diadakan di UAE kesemuanya sebagai satu kelebihan kepada pasukan kendaliannya. Beliau bagamanapun mengalu-alukan kemasukkan kembali penyokong ke dalam stadium.
Van Warwijk dilantik kembali sebagai pengendali UAE pada Disember lalu selepas sebelum itu dipecat hanya selepas sembilan bulan mengendalikan pasukan.Setakat ini beliau berpuas hati dengan kefahaman pemain terhadap corak permainan dan falsafah yang beliau mahu terapkan.
“Keputusan perlawanan persahabatan tidak membawa sebarang makna kepada saya, tetapi saya dapat melihat peningkatan kepada pemain. Ia amat penting untuk perlawanan esok [malam ini], dan saya yakin setiap pemain akan memberikan 100%. Saya suka cara kami bermain, tetapi anda juga memerlukan sedikit nasib.”
Baca artikel menarik lain mengenai UAE:
‘Rantai’ Ali Mabkhout Dulu, Baru Fikir Pemain Naturalisasi UAE
Dilantik Buat Kali Ke-2, Van Marwijk Dakwa Tahu Untuk ‘Counter’ Malaysia