3 Sebab Arsenal Mesti Utamakan Eddie Nketiah Berbanding Lacazette

Nketiah_Lacazette-arsenal-2020

Khabar angin perpindahan penyerang Arsenal, Alexandre Lacazette ke Atletico Madrid dilihat boleh membantu Eddie Nketiah mendapat tempat musim hadapan.

Sejak dipanggil pulang awal daripada pinjaman di Leeds pada Januari lalu, Nketiah dikatakan telah menarik minat pengendali, Mikel Arteta berbanding Lacazette dan mengetepikan penyerang berpengalaman itu dengan 17 penampilan keseluruhan.

Dia ada mentaliti juara

Arteta dikatakan sangat mengagumi bakat pemain berusia 21 tahun itu dengan berkata yang beliau memiliki bakat luar biasa serta meramal yang Nketiah adalah pemain yang akan membawa Arsenal ke satu tahap yang lebih baik di masa depan.

Dikatakan memiliki gaya permainan lagenda The Gunners, Ian Wright, Nketiah dikenali dengan kepantasannya, pergerakan dan skil penyudah yang sangat baik. Malah, beliau pernah berkata Ian Wright adalah mentornya dan pernah berguru dengannya.

Bekas pengurus akademi Arsenal, Andries Jonker pernah mengulas mengenai Nketiah yang menurutnya hampir pernah disingkirkan, “Dia bekerja keras dan barisan staf pernah berbincang samada menyingkirkan atau meneruskan biasiswanya.”

“Mentalitinya yang membuatkan kami menawarkan biasiswa kepadanya. Eddie membuktikan sebaliknya, walaupun ramai yang tidak yakin dengan kemampuannya, dia berjaya buktikan dia boleh melakukannya,” jelas Jonker lagi kepada Mirror.

Lacazette bukan seorang poacher

Lacazette mula menyertai Arsenal sejak musim 2017 dan telah menghasilkan 48 gol dalam 127 penampilan. Walaupun penyerang utama, beliau hanya meledak 12 gol musim ini berbanding Pierre-Emerick Aubameyang yang bermain di sayap.

Aubameyang telah meledak 29 gol musim ini dan musim lalu sebanyak 31 gol. Nketiah yang pulang pada Januari pula telah menghasilkan empat gol dalam 17 penampilan. Namun, apa yang disajikannya mungkin lebih menepati citarasa Arteta.

Walaupun pernah juga dilabel gaya permainan ‘sedikit’ seakan-akan Ian Wright oleh Gerard Houllier, Lacazette gagal menampilkan aksi memukau buat Arsenal.

Arsenal memerlukan seorang poacher dan Nketiah memiliki ciri-ciri tersebut. Arsenal di bawah pengendali asal Sepanyol itu akan banyak mencipta peluang dan beliau dikatakan sangat bijak untuk menghidu dan kemudian menyudahkannya.

Sentuhan segar di jentera serangan

Semua sedia tahu, Arteta gemarkan pemain muda berjiwa besar. Selain itu, beliau sukakan pemain yang bekerja keras dalam latihan dan juga perlawanan. Ia dibuktikan apabila kita melihat komennya mengenai bek kiri The Gunners, Kieran Tierney.

Melihatkan semula komentar bekas pengurus akademi Arsenal, Jonker, Nketiah bekerja keras untuk berada di tahapnya sekarang. Beliau berjiwa besar daripada seorang yang tidak menarik perhatian sesiapa tetapi kini pilihan utama Arteta.

Arteta pernah berkata tentang Nketiah, “Dia sangat mengejutkan. Kerja keras yang dilakukannya – rentak permainan ketika menekan lawan, kefahaman permainannya – bila perlu datang dan pergi ke belakang, dan tentunya sentuhan golnya.”

Arsenal perlukan jentera serangan yang lebih segar. Memasukkan Nketiah di dalam kesebelasan utama lebih banyak musim depan mungkin akan membantu pemain tersebut lebih matang. Lihat perkembangan Tammy Abraham di Chelsea.

Penutup

Alexander Lacazette dikhabarkan akan meninggalkan juara Piala FA itu selepas Aubameyang menandatangani kontrak baharu dengan nilai perpindahan £30 juta.

Jika ia direalisasikan, Nketiah bakal mendapat lebih ruang dan peluang untuk tampil menyerlah dalam kesebelasan utama. Sebagai pemain muda yang diminati oleh Arteta, tidak mustahil beliau telah berada dalam perancangan utama musim depan.

KREDIT FEATURED IMAGE: FOOTBALL LEAGUE WORLD

Baca lagi artikel mengenai Eddie Nketiah dan Arsenal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN