10 Perseteruan Terpanas Antara Pemain Pernah Berlaku Di Premier League

Apakah perseteruan terpanas membabitkan pemain di Premier League? Di dalam bola sepak, perseteruan tidak terhad membabitkan kelab dan pasukan sahaja. Ada juga perseteruan yang dianggap peribadi dan membabitkan pemain.

Premier League sendiri pernah menyaksikan beberapa perseteruan panas membabitkan individu dan pemain. Berikut adalah 1o daripadanya yang sering menjadi bualan sehingga ke hari ini.

Jamie Carragher v Lucas Neill
Apabila Liverpool memburu pemain baharu untuk mengisi posisi bek kanan pada 2007, beberapa pemain berada di dalam senarai pencalonan termasuklah Lucas Neill. Ada beberapa sebab nama Neill berada di dalam pertimbangan.

Pemain dari Australia itu menyinar bersama Blackburn Rovers, dan untuk pasukan yang berada di pertengahan liga, Neill dianggap sebagai pemain yang boleh diharapkan. Walaupun ditawarkan menyertai Liverpool yang menjanjikan pengalaman beraksi di Champions League, Lucas Neill memilih untuk ke West Ham kerana jumlah gaji yang lebih lumayan.

Di sebalik semua itu, satu perkara yang paling mendapat perhatian ialah sejarah Neill bersama penolong kapten The Reds, Jamie Carragher. Neil pernah melakukan terjahan yang amat kasar dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris terhadap Carragher pada 2003, insiden yang menyebabkan Carragher berdendam.

“Sahabat-sahabat saya akan mengejar beliau jika saya mengarahkannya,” ujar Carragher dalam biografinya pada 2008. Satu-satunya perkara yang menghalang Carragher untuk membalas dendam kepada Neill ialah kerana rasa hormat terhadap pemain tengah Blackburn, David Thompson yang merupakan rakan baik Carragher.

Persahabatan dengan Thompson dipercayai berjaya menghalang serangan terancang terhadap Neill di sebuah pusat membeli belah di bandar Manchester. Samseng juga Carragher ini ya.

Nemanja Vidic v Fernando Torres
Tidak semua perseteruan itu bersulam kebencian. Ada juga perseteruan itu bersifat kompettif melibatkan persaingan. Persetruan di antara pemain pertahanan Nemanja Vidic dan penyerang Liverpool, Fernando Torres adalah antara contoh jelas.

Sehingga kini kedua-dua pemain tidak pernah menyerang satu sama lain melalui buku biografi mahu pun media sosial – perbuatan yang dianggap amat primitif pada hari ini. Walaupun kini kedua-duanya telah bersara daripada bola sepak, hanya rasa hormat terhadap satu lain yang dikongsi .

Pertemuan Man United vs Liverpool sentiasa menjanjikan ketegangan, drama dan insiden. Namun terdapat salah konsep mengenai perseteruan di antara Vidic dan Torres.

Yang sentiasa digembar gemburkan ialah gambar Vidic tertiarap ketika tewas kepada larian Torres yang berjaya menjaringkan gol dalam membantu kemenangan 4-1 Liverpool pada Mac 2009.

Hakikatnya selain dari tiga kad merah diterima Vidic, Torres hanya berjaya menjaringkan tiga gol dari 15 perlawanan mempertemukan kedua-duanya.

Roy Keane v Alan Shearer
“Saya tidak faham mengapa, tetapi Keane membaling bola ke arah Shearer,” kata Martin Tyler dalam ulasannya tanpa mengedari apa yang akan berlaku seterusnya.

Itulah permulaannya. Cara Alan Shearer meraikan kemenangan 4-3 Newcastle United selepas Keane sengaja membaling bola ke arah kepalanya cikup sinis. Tiada sebab lain Keane berbuat perkara tidak masuk akal sedemikian melainkan kerana sukar menerima kekalahan.

“Beliau bukannya membuatkan kepala [Shearer] putus,” kata Sir Alex mempertahankan keptennya selepas itu.

Shearer dan Keane tidak pernah berbaik selepas kejadian tersebut. Dan Shearer sendiri pernah mengaku sanggup menumbuk Keane sekiranya keadaan memerlukan beliau berbuat demikian pada ketika itu.

John Terry v Wayne Bridge
Roberto Mancini baharu sahaja mengambil alih dari Mark Hughes sebagai pengendali Manchester City, dua bulan sebelum insiden Wayne Bridge menolak untuk berjabat tangan dengan kapten Chelsea, John Terry pada Februari 2010.

Berita mengenai percubaan bek tengah Chelsea itu mendapatkan perintah mahkamah untuk menyembunyikan skandal dirinya bersama bekas teman wanita Bridge, Vanessa Perroncel,  selama empat bulan sebelum itu telah bocor dan diketahui ramai.

Jelas sekali luka masih lagi berdarah bagi Bridge dalam pertemuan pertama menentang Terry itu.

Akibat dari kejadian tersebut, Terry telah dilucutkan jawatan selaku kapten England, dan Bridge pula bersara terus dari bola sepak antarabangsa. Beliau berhadapan sekali lagi menentang Terry selepas itu, dan sekali lagi enggan berjabat tangan dengan kapten Chelsea tersebut sebelum tewas 3-0 bersama West Ham pada April 2011.

Jamie Carragher v El Hadji Diouf
Musuh dalam selimut? El Hadji Diouf menyertai Liverpool pada musim panas 2002 dan boleh dikatakan musuh terdekat di dalam senarai ini. Tiada pihak mengetahui mengenai permusuhan yang terbina secara dalaman antara Carragher dan Diouf pada mulanya.

Namun hubungan keruh kedua-dua pemain akhirnya diketahui umum pada 2008, apabila Carragher berkata Diouf hanya akan menjadi pemain terakhir yang akan dipilih menyertai latihan lima pemain sepasukan pilihannya.

Carragher juga secara terbuka menyindir Diouf sebagai satu-satunya No.9 yang gagal menjaringkan gol sepanjang musim. Diouf tidak berdiam diri dan turut melabel pemain pertahanan Liverpool itu seperti kicap dan mustard, dan sebenarnya dengki dengan beliau.

Kedua-duanya tidak pernah berdamai. Diouf memanggil Carragher ayam turki pada 2015 dan pelbagai nama panggilan lain yang kasar pada 2016. Carragher pula melabel Diouf sebagai rakan sepasukan paling teruk pernah beliau beraksi bersama.

Kedua-duanya beraksi menentang satu sama lain sebanyak sembilan kali sejak Diouf meninggalkan Liverpool pada 2004. Diouf hanya berjaya menjaringkan satu gol dan menang sekali.

Roy Keane v Alf Inge Haaland
Haaland dan Keane bukan sahaja pernah beraksi menentang satu sama lain. Kedua-duanya juga hampir pernah menjadi rakan sepasukan. Nottingham Forest pernah cuba memancing Haaland pada Oktober 1992, namun pemain itu hanya menyertai Forest pada Disember 1993. Malang sekali Keane telah berhijrah ke Old Trafford pada ketika itu.

Pertemuan pertama membabitkan kedua-dua pemain tidak berlaku sebarang insiden dan perlawanan berlangsung seperti biasa. Namun tindakan Haaland ‘memperlekehkan’ kecederaan Keane yang mengalami kecederaan ligamen lutut mengubah segalanya.

Keane menunggu cukup lama untuk memblas dendam. Di sebalik ketegangan dan kehangatan derbi Manchester, Keane mengambil kesempatan melakukan high-tackle yang mengejutkan bola sepak dunia.

“Jangan sesekali berkata sedemikian kepada saya dan menuduh ia kecederaan palsu,” kata Keane sebelum itu. Dalam perlawanan derbi Manchester itu, Keane dilayangkan kad merah, didenda dan diberikan hukuman gantung perlawananan. Haaland mengancam untuk menyaman Keane kerana terpaksa selepas kecederaan yang dialaminya. Namun kedua-duanya tidak mendapat penyelesaian seperti yang masing-masing kehendaki.

Graeme Le Saux v Robbie Fowler
Ketika Liverpool berkunjung ke Chelsea pada Februari 1999, Grame Le Saux telah dituduh sebagai seorang homoseksual selama lapan tahun. Penyokong lawan sering menggunakan khabar angin itu sebagai bahan meyerang Le Saux.

Namun pemain pertama yang berani membawa isu itu ke padang ialah Robbie Fowler. Selepas mengasari Le Saux dalam perlawanan di Stamford Bridge it, penyerang Liverpool tersebut kemudiannya bertindak menunjuk poster Le Saux sambil menjerit: “Ayuh, ayuh, berikan ia kepada saya.’

Le Saux mogok dan enggan mengambil sepakan percuma untuk meneruskan permainan. Namun keadilan seolah-olah dilupakan di dalam insiden tersebut apabilaa Le Saux turut dilayangkan kad kuning kerana dituduh membuang masa.

Peter Schmeichel v Ian Wright

Peter Schmeichel dianggap sebagai penjaga gol yang sering merosakkan perancangan penyerang Arsenal, Ian Wright. Kedua-duanya adalah ikon bola sepak 1990 an. Sepanjang pertemuan kedua-dua pemain, Wright hanya pernah membolosi Schmeichel sekali sahaja iatu di pertandingan Piala Komuniti pada 1993. Namun perseteruan di antara kedua-duanya melangkaui perlawanan yang pernah mereka lalui.

Wright amat membenci Schemeichel. Walaupun pelbagai isu telah dipadam antara keduanya, Wright menuduh Schemeichel berperangai racist terhadap beliau dalam satu perlawanan Liga Perdana Inggeris pada November 1996.

https://twitter.com/conor_m_reidy/status/638389875918696448

Pendakwaan bagaimanapun tidak boleh diteruskan sehingga sebulan menjelang pertemuan kedua membabitkan kedua-dua pasukan paa Februari.

Dalam perlawanan tersebut Schemeichel sekali lagi cemerlang menyelamatkan deretan percubaan dari Wright, namun kedua-duanya ‘meletup’ selepas satu perebutan bola 50-50 di udara. Wright yang marah bertindak melakukan terjahan dengan dua kaki terhadap penjaga gol Denmark itu, dan tiada kad kuning dilayangkan!

Kedua-duanya bagaimanapun berdamai selepas bersara dan muncul sebagai penganalisis secara bersama di Piala Dunia 2002.

Patrice Evra v Luis Suarez

Dalam autobiografinya pada 2014, Luis Suarez berkata: “Saya tidak akan bercakap dengan Evra lagi seumur hidup saya.” Tidak dapat dinafikan ia adalah salah satu insiden berkaitan memalukan melibatkan Premier League.

Satu laporan dari pihak The FA mendedahkan mengenai insiden tersebut pada Disember 2011. Selepas diterjah, Evra bertanya kepada penyerang Liverpool itu mengapa Suarez perlu menyepak beliau.

Penyerang Uruguay itu kemudiannya menjawab: “Kerana anda [berkulit] hitam.”

Dan apabila Evra melakukan terjahan, pemain pertahanan Manchester United itu mencabar Suarez untuk mengulangi apa yang dikatakannya, agar beliau boleh bertindak menumbuk penyerang Liverpool itu.

Suarez kemudiannya menjawab: “Saya tidak bercakap kepada [individu] berkulit hitam.”

Sepanjang perlawanan, Suarez juga didakwa menggunakan perkataan “negro” sebanyak tujuh kali.

Walaupun menampilkan protes dalam perlawanan menentang Wigan, Liverpool akhirnya memutuskan untuk tidak melakukan rayuan hukuman gantung kepada Suarez pada 3 Januari 2012 – walaupun bertegas Suarez tidak bersalah.

Roy Keane v Patrick Vieira

Permusuhan di antara Patrick Vieira vs Roy Keane memang antara yang paling terkenal di dunia bola sepak.

Kedua-dua pemain adalah kapten marvel untuk pasukan masing-masing di dalan pasukan. Menjadi kapten kepada 2 pasukan EPL yang hebat di era mereka.

Bagi generasi kini yang tidak mengetahui, satu ketika dahulu Premier League mempunyai permusuhan yang cukup mengasyikan diantara Arsenal dan juga Manchester United. Asal bertemu, sudah pastilah ada perbalahan, aksi provokasi secara verbal dan fizikal di dalam padang.

Kedua-dua pasukan ini saling berebut kejuaraan dengan kedua-dua pasukan diwakili 2 ketua pasukan yang cukup berpengaruh iaitu Patrick Vieira dan juga Roy Keane.

Namun menariknya, ITV pernah menjemput mereka duduk semeja untuk berbincang tentang permusuhan mereka. Jelas mereka sentiasa menghormati antara satu sama lain.

Penutup

Mana satukah perseteruan terpanas menurut anda? Bincangkan di ruangan komen atau melalui pelbagai platform yang kami sediakan.

Kami juga ingin mendengarnya daripada anda.

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca artikel menarik lain mengenai Premier League di:

7 Ramalan Yang Akan Berlaku Dalam Premier League Musim 2020/21

380 Perlawanan Semusim, Ini Cara Jadual EPL Disediakan; Apa Yang Boleh Kita Pelajari?

Premier League Perkenal Anugerah ‘Playmaker’, Penghargaan Buat Pemain Yang Mencipta Bantuan Jaringan Terbanyak

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN