Premier League Perkenal Anugerah ‘Playmaker’, Penghargaan Buat Pemain Yang Mencipta Bantuan Jaringan Terbanyak

Premier League memperkenalkan satu anugerah baru bagi memberikan penghargaan kepada pemain yang telah mencipta bantuan jaringan (assist) terbanyak sepanjang musim dengan menamakannya sebagai Anugerah ‘Playmaker’.

Anugerah terbaru itu akan menyertai anugerah sedia ada yang diberikan kepada penjaring terbanyak (Golden Boot) dan juga penjaga gol yang paling banyak tidak dibolosi (Golden Glove).

Tiga anugerah tersebut akan disampaikan oleh Cadbury, yang merupakan penaja rasmi snek Liga Perdana Inggeris.

Peluang dilihat memihak buat pemain Manchester City untuk meraih anugerah julung kali diwujudkan ini apabila tiga pemain The Cityzens iaitu Kevin De Bruyne, Leroy Sane dan David Silva menguasai tiga tempat teratas jumlah bantuan terbanyak setakat ini.

De Bruyne sedang mendahului dengan 15 bantuan jaringan yang telah dihasilkan pada musim ini, diikuti Sane mencatatkan 12 bantuan manakala Silva dengan 11 bantuan jaringan.

Trofi yang bakal menjadi milik pemain yang paling banyak melakukan bantuan jaringan musim ini. Foto: Metro UK

Dele Alli dari Tottenham Hotspur pula telah menghasilkan 10 bantuan jaringan.

Sama seperti anugerah yang lain, para pemain masih mempunyai baki 4 perlawanan lagi (terdapat juga  pasukan yang belum beraksi untuk perlawanan ke-34) untuk menentukan siapa yang layak untuk menggondol gelaran tersebut setelah wisel penamat perlawanan terakhir ditiupkan pada 13 Mei nanti.

Legenda Arsenal, Thierry Henry yang juga merupakan pemegang rekod bantuan jaringan terbanyak dalam Liga Perdana Inggeris apabila mencatatkan 20 bantuan ternyata menyambut baik pengenalan anugerah tersebut.

”Menjaringkan gol adalah satu perasaan hebat sebagai pemain yang berada diatas padang. Sudah tentu ianya tidak akan berhasil tanpa pemain yang mencipta sesuatu gerakan itu.”

”Adalah luar biasa bahawa Cadbury dan Premier League menghargai ‘playmaker’ dengan cara sebegini.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN