Zlatan Ibrahimovic Akui Kecederaan Lutut Hampir Tamatkan Karier Beliau

Zlatan Ibrahimovic kini sedang menikmati saki baki karier beliau sebagai pemain bola sepak dengan beraksi bersama Los Angeles Galaxy (LA Galaxy).

Beliau kelihatan cukup gembira dengan situasi beliau berada di Amerika Syarikat ketika ini.

Namun siapa sangka, karier penuh warna warni beliau hampir saja ditamatkan hanya kerana kecederaan.

Dalam satu temuramah, Ibrahimovic mengakui kecederaan lutut yang dialami beliau sewaktu mewakili Manchester United hampir saja menamatkan karier beliau lebih awal.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)

Kata beliau, sewaktu beliau kembali beraksi selepas sembuh beliau berasakan dirinya tidak berada di atas padang.

“Setiap kali saya menyarung kasut bola sepak saya cukup menikmatinya kerana selepas kecederaan saya tak rasa dirinya ada harapan lagi untuk bermain.”

Dalam masa yang sama, beliau turut tidak bersedia untuk melakukan kemunculan semula bersama Manchester United selepas beliau sembuh dari kecederaan.

“Minda saya sudah bersedia untuk beraksi namun tidak bagi lutut saya.”

“Ketika saya bersedia, saya katakan pada diri saya, ‘aku tidak berada di sini (padang)’.”

“Mereka sebelum ini punya Zlatan yang mereka biasa lihat, namun selepas itu saya tidak bersedia nak jadi Zlatan tersebut.”

Zlatan Ibrahimovic

“Saya sering dipilih dalam banyak perlawanan ketika itu namun saya terpaksa menolak untuk diturunkan.”

“Saya tidak mahu kecewakan para jurulatih dan saya menghormati mereka dan juga rakan-rakan lain.”

“Jadi saya minta mereka untuk pilih pemain lain, yang boleh buat kerja lebih elok lebih baik berbanding saya. Saya buat begitu walaupun saya Zlatan.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN