Giroud Dedahkan Provokasi Ozil Dorong Beliau Untuk Kejar Gelaran Piala Dunia

Setiap pemain bola sepak di dunia ini punya impian untuk memenangi gelaran Piala Dunia bersama negara mereka.

Perkara itu turut ada pada diri pemain Chelsea – Olivier Giroud.

Penyerang kebangsaan Perancis itu akhirnya berjaya menikmati kejayaan gelaran itu bersama negaranya apabila menjulang Piala Dunia 2018 di Rusia.

MOSCOW, RUSSIA – JULY 15: Olivier Giroud of France and Steve Mandanda of France celebrate with the World Cup Trophy following their sides victory in the 2018 FIFA World Cup Final between France and Croatia at Luzhniki Stadium on July 15, 2018 in Moscow, Russia. (Photo by Matthias Hangst/Getty Images)

Tetapi apa yang mendorong beliau untuk menjulang gelaran Piala Dunia?

Menurut Giroud, bekas rakan sepasukan beliau di Arsenal iaitu Mesut Ozil merupakan pendorong beliau untuk mengejar cita-cita sebagai pemenang Piala Dunia.

Kata Giroud, lagak Ozil ketika di padang latihan menjadi beliau secara tidak langsung terdorong untuk mengejar impian tersebut.

“Saya berkawan dengan pemain dari Jerman ketika beraksi di Arsenal dan pada waktu itu saya cukup cemburu dengan mereka.”

“Kadang kala ketika sesi latihan, jika Mesut Ozil tewas dalam pertarungan beliau akan berkata, ‘diam, diam, saya ni juara dunia.'”

ST ALBANS, ENGLAND – NOVEMBER 05: Olivier Giroud and Mesut Oezil (R) of Arsenal attend a training session at London Colney on November 5, 2013 in St Albans, England. (Photo by Ian Walton/Getty Images)

Provokasi mudah yang diberikan oleh Ozil itu mungkin dipandang negatif oleh sesetengah orang, namun Giroud mengambil ia sebagai satu perkara yang positif.

Beliau menjadikan ia sebagai pembakar semangat selepas melihat Ozil menjulang Piala Dunia 2014 di Brazil.

Hasilnya, beliau berjaya juga menjadi juara dunia dengan cara yang berbeza dari penyerang lain.

Giroud tidak menghasilkan sebarang percubaan tepat ke arah pintu gol sepanjang Piala Dunia 2018 berlangsung.

Tugas beliau jelas sebagai penganggu kepada pertahanan lawan dalam sistem Didier Deschamps.

Kini, Giroud sudah bergelar juara dunia dan beliau boleh buat seperti mana Ozil lakukan kepada beliau ketika di padang latihan bersama Chelsea.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN