Fabinho Mahu Yakinkan Kylian Mbappe Untuk Sertai Beliau Di Liverpool

Pemain baharu Liverpool, Fabinho mengakui beliau teringin untuk kembali bersama dengan seorang bekas rakan sepasukan beliau ketika beraksi untuk AS Monaco.

Individu yang dimaksudkan adalah pemain muda terbaik Piala Dunia 2018 iaitu Kylian Mbappe.

Kata Fabinho, beliau dengan secara perlahan-lahan mahu mengajak pemain muda itu menyertai beliau dan Liverpool walaupun kini Mbappe sedang diburu Paris Saint-Germain (PSG) dan juga Real Madrid.

Dalam masa yang sama, Fabinho ada mendedahkan yang Mbappe ada menghantar mesej mengucapkan tahniah di atas perpindahan beliau ke Liverpool.

“Kylian Mbappe ada menghantar mesej kepada saya mengatakan tahniah kerana telah bergelar pemain Liverpool.”

“Namun sayangnya, saya tidak punya sebarang peluang untuk mengucapkan tahniah kepada beliau di atas kejayaan beliau di Piala Dunia.”

“Mbappe ada berkata kepada saya yang beliau mahu habiskan musim ini dengan kekal di PSG. Tetapi saya akan secara perlahan-lahan untuk menyakinkan beliau untuk sertai Liverpool.”

Fabinho

 

Dalam masa yang sama, Fabinho turut mengakui persembahan Perancis di Piala Dunia cukup hebat dan wajar diberikan pujian.

“Apa yang Perancis lakukan memang hebat. Apa yang Mbappe lakukan dalam masa 2 tahun di peringkat bola sepak profesional cukup mengagumkan.”

“Beliau adalah seorang yang fenomena dan perlu diberikan pujian, dan saya akan berikan pujian saya apabila saya berkesempatan.”

Fabinho dan Mbappe bersama-sama menjulang kejuaraan Ligue 1 bersama AS Monaco pada musim 2016-2017.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN