Real Madrid mengesahkan abang kandung kepada Zinedine Zidane, Farid Zidane telah meninggal dunia semalam selepas sebelum ini bergelut dengan penyakit kanser.
Perkara itu disahkan sendiri oleh pihak kelab melalui Twitter rasmi milik kelab tersebut.
All members of the Real Madrid first-team squad held a minute’s silence ahead of training in Montreal following the passing of Farid Zidane, the brother of our coach, Zinedine Zidane.
— Real Madrid C.F. ???? (@realmadriden) July 13, 2019
Sebelum ini Zinedine Zidane mengejutkan ramai apabila meninggalkan kem latihan Real Madrid di Montreal secara mengejut. Tidak ada kenyataan dikeluarkan oleh pihak kelab mahu pun oleh pengendali itu sendiri pada ketika itu.
Pemain-pemain yang menjalani latihan di Montral telah bertafakur selama seminit sebelum memulakan latihan pada hari ini.
Zidane bagaimanapun meninggalkan kem latihan Los Blancos semalam selepas dimaklumkan abangnya itu sedang kritikal. Anak kepada Zinedine Zidane, Luca Zidane turut diberikan pelepasan yang sama oleh kelab divisyen dua Sepanyol, Racing Santander.
Farid Zidane died at the age of 54 after battling cancer. May he rest in peace ?? pic.twitter.com/DT5naLxNw1
— SB (@Realmadridplace) July 13, 2019
Sumber dalaman dari pihak kelab berkata Zidane akan diberikan masa secukupnya, yang beliau perlukan sebelum kembali menyertai pasukan tetapi dijangka akan bersama pemainnya dalam tempoh seminggu ini.
Buat masa ini, sesi latihan pra-musim Real Madrid dikendalikan oleh para pembantu Zidane seperti David Bettoni, Hamidou Msaidie dan juga jurulatih kecergasan Grégory Dupont.