Ejen Tuduh Barcelona Bersandiwara, Sebenarnya Berkomplot Jual Coutinho Untuk Dapatkan Neymar

Ejen kepada Coutinho menuduh Barcelona menipu dan sekadar bersandiwara apabila berkata mahukan pemain itu terus kekal bersama mereka. Hakikatnya juara La Liga itu sebenarnya hanya mahu menjadikan pemain itu sebagai sebahagian daripada pakej tawaran untuk mendapatkan Neymar daripada Paris Saint-Germain (PSG).

Ejen kepada Coutinho, Kia Joorabchin berkara sebelum ini Pep Segura dan Josep Maria Bartomeu memberikan jaminan secara peribadi bahawa mereka mahukan Coutinho untuk terus kekal di Nou Camp.

(Photo by Quality Sport Images/Getty Images)

Namun Coutinho berkata ia hanya sekadar janji, kerana tindakan mereka yang tidak konsisten dengan janji tersebut. Malah Joorabchin menyifatkan Barcelona tidak menghormati Coutinho dengan tindakan mereka itu.

Ini kerana Joorabchin berpendapat Coutinho hanya sekadar digunakan oleh kelab Catalan itu untuk dijadikan umpan dalam usaha mereka mendapatkan kembali Neymar

“Presiden [Bartomeu] sangat jelas sebelum ini. Beliau tidak mempunyai niat membenarkan pemain itu pergi menyertai mana-mana kelab lain,” ujar Joorabchin kepada RMC Sport.

“Dengan kenyataan itu, dan dengan penuh hotmat akan keputusan Barcelona yang tidak mempunyai niat menjual pemain [Coutinho] ini, kami juga tidak melihat ke pasaran untuk pemain ini, dan kami tidak bercadang atau mengambil langkah menawarkan pemain ini kepada kelab lain [yang mungkin berminat].

“Tetapi sekarang saya dimaklumkan fakta sebenar, bahawa [penasihat Barca] Ande Cury berkata perkara sebaliknya. Andre Cury kini mahukan Coutinho dimasukkan ke dalam pakej untuk mendapatkan Neymar.

“Seperti yang saya katakan tadi, Coutinho tidak mendapat tawaran daripada kelab lain kerana kami menghormati keputusan Barcelona. Tetapi nampaknya mereka tidak menghormati janji yang telah diberikan kepada kami sebelum ini.

“Selama ini kami berdiam diri, tetapi ia tidak bermakna Barcelona boleh berbohong mengenai status pemain ini. Mereka harus memberitahu perkara sebenar!

“Jika mereka mahu Coutinho untuk pergi, mereka harus memaklumkan sedemkian. Untuk pemain [Coutinho] ini, kami akan bertanggungjawab apa yang terbaik untuk masa depan beliau.”

Coutinho sudah pasti akan berhadapan dengan saingan sengit untuk berada dalam kesebelasan utama sekiranya terus kekal bersama Barcelona, setelah kelab tersebut mengesahkan perpindahan Antoine Griezmann dari Atletico Madrid pada Jumaat lalu.

Bekas kelab, Liverpool dikatakan sebagai destinasi pilihan untuk pemain perancang berusia 27 tahun itu – dimana Coutinho dikecam oleh penyokong The Kops ketika perlawanan separuh akhir UEFA Champions League pada Mei lalu.

“Liverpool sentiasa ada di dalam lubuk hati terdalam pemain [Coutinho] ini.

“Beliau adalah penyokong kuat Liverpool. Ianya sukar untuk beliau menyertai pasukan lain di England yang bersaing secara terus dengan Liverpool,” ujar Joorabchin lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN