Urut Sukan: 10 Tips Yang Perlu Anda Tahu Sebelum Dapatkan Rawatan Ini

Ramai di antara kita bukanlah seorang ahli sukan, jadi pasti ada yang tidak biasa dengan urut sukan, bukan?

Lazimnya, kita hanya dengan urutan seperti urut tradisional ala Thai, atau urut cara Melayu oleh orang tua-tua kita. Tapi urut sukan ini apa sebenanrya?

Urut sukan atau sport massage ini merupakan salah satu cara pemulihan (recovery) oleh setiap atlet selepas mereka mengerah kudrat ketika bermain.

Ia lazimnya dilakukan oleh ahli sukan, namun begitu tidak ramai antara kita yang sedar kepentingan urut sukan ini.

Artikel ini akan dedahkan kepada anda 10 tips sebelum anda mendapatkan urut sukan.

10. Tak seperti urut spa

Pertama sekali, jangan anggap ianya adalah sama seperti urut di spa yang begitu menenangkan.

Urut sukan tidak menggunakan mandi wap, mandi susu dan sebagainya. Sebaliknya, ia mempunyai latihan penguat (strengthing exercise) dan juga Propreoceptive Neuromuscular Facilitation atau PNF.

Cara Propreoceptive Neuromuscular Facilitation (PNF) dilakukan.

Urut sukan lebih menumpukan kepada pergerakan fizikal dan otot kita. Oleh itu, ada yang rasakan ianya agak kasar untuk dilakukan.

9. Kalau tak selesa, mohon cakap!

Seperti dikatakan tadi, urut sukan mungkin sedikit kasar untuk sesetengah orang.

Oleh itu, sekiranya anda dapatkan urut sukan. Pastikan anda maklumkan kepada tukang urut atau Sports Masseur jika anda rasakan urut itu terlalu kuat untuk anda.

Maklumkan juga jika anda mahukan penekakan lebih di bahagian tertentu ketika sesi urut. Ingat, tekan kuat-kuat tak jaminkan anda akan lega okay!

8. Minum secukupnya

Sebelum melakukan urut sukan, anda dinasihatkan untuk minum air yang cukup.

Hal ini kerana, jika anda kekurangan air maka otot akan mudah tegang seterusnya menghasilkan rasa sakit ketika diurut.

Minum air dengan cukup, jangan terlebih takut rasa nak ke tandas pula!

7. Jangan makan sebelum urut

Hal ini kontra dengan tip sebelum ini. Anda dinasihatkan untuk minum air dengan dan tak boleh makan sebelum urut.

Hal ini kerana, ketika sesi urut proses pencernaan akan perlahan. Jadi anda disarankan untuk makan sekurangnya 3 jam sebelum sesi urut.

Selepas sesi urut, baru boleh makan terutamanya makan makanan yang berat.

6.  Sports Masseur bukanlah doktor

Dalam konteks urut sukan, tukang urut dipanggil sebagai sports masseur.

Bidang tugas sports masseur ini tidak melibatkan kecederaan fizikal yang serius seperti kecederaan lutut ACL.

Jika anda mempunyai kecederaan fizikal yang teruk akibat bersukan, jangan pergi kepada sports masseur.

Sebaliknya, dapatkan rawatan segera dengan doktor berkaitan di klinik atau hospital.

5. Ketahui kelayakan sports masseur anda

Sebelum mendapatkan urut sukan, pastikan anda selidik kelayakan sports masseur terlebih dahulu.

Hal ini bagi mengelakkan anda ditipu ketika cuba mendapatkan perkhidmatan ini.

Di Malaysia, untuk menjadi sports masseur memerlukan anda melalui latihan dan kursus yang disediakan oleh Kementerian Belia & Sukan (KBS).

Tetapi, sijil pentauliahan sebagai sports masseur hanya akan dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia.

Jadi, jika anda berasa ragu dengan kelayakan sports masseur anda. Pertimbangkan untuk dapatkan urut sukan dari sports masseur lain.

4. Tempoh lama tak jamin apa-apa

Satu soalan lazim yang sering ditanya oleh pelanggan urut sukan ialah, berapa lama tempoh urutan ini?

Bagi mereka, lagi lama lagi bagus. Tapi dalam urut sukan, tempoh lama itu tak jamin apa-apa.

Sebaliknya, walaupun urut itu sekejap tetapi biarlah ianya memberi kelegaan dan kepuasan kepada pelanggan.

Lazimnya, urut sukan mengambil masa 50 hingga 90 minit.

3. Urut sukan sebagai pemulihan

Seperti diterangkan di pengenalan artikel, urut sukan ini merupakan salah satu cara pemulihan bagi atlet selepas beraksi.

Lazimnya, mereka akan mengambil masa 10 hingga 15 minit sejurus selepas tamat bermain untuk melakukan urut sukan.

Tujuannya adalah untuk melajukan proses pemulihan dan ianya bersifat urutan ringan sahaja.

Urut sukan sejurus selepas bermain tidaklah pilihan yang anda. Anda boleh melakukannya selepas 48 jam bermain.

Tetapi untuk lakukan dengan cara itu, rehat secukupnya amat diperlukan.

2. Lakukan temujanji

Seperti urutan lain, untuk dapatkan khidmat urut sukan ini memerlukan temujanji dibuat.

Hal ini kerana terdapat sebab tersendiri mengikut situasi anda.

Jika anda mahu urut sukan sebelum menyertai acara, pastikan anda mendapatkan khidmat itu 3 hari sebelum hari beraksi.

Hal ini kerana, jika anda lakukannya dalam tempoh 48 jam maka anda boleh terdedah kepada keletihan melampau selepas sesi urutan yang akan beri kesan kepada prestasi anda.

1. Ketahui jenis urutan

Ini merupakan perkara paling penting, tak semua urutan adalah sama ya!

Teknik urutan ini mempunyai pelbagai fungsi sama ada untuk menenangkan badan, rawatan kecederaan atau lain-lain.

Jika anda mahu urutan yang tenang, maka urut di spa lebih sesuai. Jika untuk merawat kecederaan fizikal, urut sukan sesuai untuk anda.

Rasai urutan gaya atlet bersama Armels!

Jika anda seorang yang aktif dalam bersukan dan tidak tahu di mana nak dapatkan urut sukan, anda boleh dapatkan khidmat tersebut di Armels Sports Recovery Center.

Mereka menyediakan perkhidmatan urut sukan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan untuk semua.

Untuk pertanyaan anda boleh hubungi nombor 013-406 9885 atau 013-705 9232.

Jika malu untuk bercakap, anda boleh ke laman Facebook mereka di Armels Sports Injury Rehabilitation.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN