Zidane Nafi Sudah Buat Keputusan Tinggalkan Real Madrid

Zinedine Zidane

Zinedine Zidane menafikan perkhabaran bahawa beliau telah memaklumkan kepada barisan pemain yang beliau akan meninggalkan Real Madrid selepas saingan musim ini berakhir.

Bekas pemain Perancis itu menafikan beliau telah berjumpa dengan pemainnya untuk memaklumkan niatnya itu, dan mendakwa beliau tidak akan sama sekali berkata sedemikian kepada barisan pemainnya.

Sebelum ini beberapa laporan daripada eropah berkata Zidane telah memaklumkan kepada pemain bahawa dia akan pergi selepas tamat saingan musim ini, dengan spekulasi mengatakan Zidane penat dari segi fizikal dan mental sebagai punca utama beliau mahu meninggalkan Real Madrid.

Walaupun berjaya membantu Real Madrid menewaskan Athletic Bilbao pada Ahad, skuad kendalian Zidane masih berpotensi untuk mengakhiri musim 2020/21 tanpa sebarang trofi.

Kedudukan terkini menyaksikan Real Madrid berada di kedudukan kedua, ketinggalan dua mata di belakang Atletico Madrid dengan baki satu perlawanan untuk diharungi.

Kejayaan Atletico menewaskan Osasuna pada hujung minggu lalu menyukarkan lagi impian Real Madrid mempertahankan kejuaraan La Liga pada musim ini.

Apa Zidane katakan?

“Bagaimana mungkin saya memberitahu pemain bahawa saya akan pergi sekarang? Kami memberikan segalanya untuk kejuaraan dan saya memberitahu mereka yang saya akan berundur?,” persoal Zidane kepada wartawan.

“Mereka di luar kelab boleh berkata apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi saya tidak akan sama sekali berkata demikian kepada pemain saya.”

Apa harapan Real Madrid?

Real Madrid kini tiada pilihan lain selain daripada berharap agar Atletico Madrid tewas perlawanan terakhir mereka pada hujung minggu akan datang untuk sebarang peluang meraih kejuaraan.

Skuad kendalian Zinedine Zidane akan berhadapan Villareal. Manakala Atletico akan berkunjung ke Valladolid yang sedang bergelut mengelak diri tersingkir dari La Liga.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Real Madrid:

Zidane Umum Angkat Kaki Dari Real Madrid

‘Madrid Adalah Rumah Saya’ – Hakimi Nafi Tidak Mahu Kembali Ke Real

Kisah Roy Keane ‘Kecut Perut’ Dan Tolak Lamaran Real Madrid

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN