Zidane Umum Angkat Kaki Dari Real Madrid

Zinedine Zidane


Zinedine Zidane dilaporkan telah memaklumkan kepada pemain skuad utama Real Madrid bahawa beliau akan meninggalkan mereka selepas musim 2021/22 berakhir. Ini bermakna Zidane tidak akan kekal sebagai pengurus atau jurulatih skuad Los Blancos pada musim hadapan.

Pada Sabtu lalu, selepas Real Madrid disingkirkan oleh Chelsea di peringkat separuh akhir Champions League, dan sebelum perlawanan La Liga menentang Sevilla, Zidane bercakap kepada pemain-pemainnya selepas latihan.

Beliau memaklumkan mengenai keputusannya kepada pemain pada ketika itu, dan menyebabkan sidang media kebiasaan sebelum hari perlawanan bermula agak lambat pada hari tersebut.

Perkhabaran ini pada mulanya dilaporkan oleh Fernando Burgos di Onda Cero sebelum MARCA mengesahkan perjumpaan bersama pemain itu berlangsung pada 8 Mei lalu.

Bercakap kepada pemain-pemainnya, Zidane menyifatkan keputusan yang dilakukannya itu adalah selepas berfikir panjang dan tiada perara yang akan menyebabkan beliau berubah fikiran. Ini adalah kali kedua bekas pemain antarabangsa Perancis ini meninggalkan Real Madrid selaku pengendali.

Berbanding dengan keputusan yang dilakukannya pada 2018, kali ini ia tidak mengejutkan ramai.

“Akan ada masa anda harus berada di sana, dan ada juga masa anda harus pergi demi kebaikkan untuk semua,” kata Zidane dalam sidang media sebelum perlawanan bertemu Athletic Club. Ia adalah mesej misteri yang pada hari ini sudah boleh difahami.

Zidane telah memenangi 11 kejuaraan bersama Real Madrid, dan kini kelab itu dalam usaha memburu pengurus baharu. Zidane pasti sukar diganti oleh sesiapa pun.

Setakat ini antara calon yang dikatakan sesuai adalah Raul yang juga merupakan bekas rakan sepasukan Zidane dan pengendali skuad remaja Real Madrid.

Massimiliano Allegri dan Joachim Low juga adalah pilihan, tetapi Raul dikatakan turut menarik minat dari Eintracht Frankfurt.

 

Baca artikel-artikel lain mengenai Zinedine Zidane melalui pautan:

Ketahui 5 Dosa-Dosa Zinedine Zidane Kepada Real Madrid Punca Beliau Harus Dipecat

10 Krisis Yang Dihadapi Zinedine Zidane Sejak Kembali Sertai Real Madrid

Zidane: Saya Tak Mampu Jadi Sehebat Alex Ferguson Di Real Madrid

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN