Tan Cheng Hoe: Fokus Pada Perlawanan & Tunggu Keputusan AFC

Tan Cheng Hoe Skuad Kebangsaan 2021

Tan Cheng Hoe tidak mahu isu luar padang mengganggu persediaan skuad negara dan mahu kekal fokus serta menanti keputusan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

Korea Utara menarik diri daripada pusingan kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 seperti yang diumumkan semalam dan jika melihat kepada amalan sebelum ini, peluang skuad negara antara yang terjejas untuk layak ke kedua-dua kejohanan itu.

Walaupun belum ada keputusan rasmi daripada AFC, namun kebiasaannya, semua keputusan perlawanan menentang pasukan tercorot dalam semua kumpulan tidak akan dikira sekiranya terdapat pasukan menarik diri daripada mana-mana kumpulan.

Jika berlaku, berdasarkan kedudukan semasa dalam kumpulan G yang menempatkan Malaysia, dua kemenangan ke atas Indonesia mungkin tidak akan dikira nanti.

“Ketika ini saya rasa kami perlu lebih fokus kepada permainan kami disamping juga menunggu keputusan AFC. Sudah pasti penarikan diri Korea Utara daripada kempen kelayakan mungkin akan memberi kesan kepada keyakinan dan mental kami.

“Namun, ketika ini fokus utama kami adalah kepada perlawanan yang akan datang [menentang UAE],” tegas Cheng Hoe dalam sidang media selepas sesi latihan.

Begitupun, tanpa penarikan diri Korea Utara sekalipun, skuad negara wajar menang dalam baki tiga aksi bagi memudahkan mereka untuk berada di kedudukan terbaik. Peluang dalam kumpulan tersebut dilihat terbuka untuk semua pasukan.

Malaysia dijadualkan akan menentang UAE, Vietnam dan Thailand di Dubai, UAE bermula pada awal Jun depan. Kedudukan mata antara ketiga-tiga pasukan juga tidak jauh jurangnya dan kemenangan dilihat sangat membantu laluan skuad negara.

Selain itu, turut dimaklumkan, hanya seorang pemain belum melaporkan diri iaitu Syahmi Safari yang dikatakan perlu menyelesaikan masalah keluarga dahulu.

“Dia [Syahmi] dijangka berlatih bersama kita esok dan sudah pasti kita harap apabila dia datang nanti lebih fokus kepada pasukan dari masalah lain.

“Bukan Syahmi sahaja, pemain lain juga saya harap boleh bagi tumpuan 100 peratus terhadap latihan dan persiapan pasukan,” jelas Cheng Hoe lagi.

Skuad Harimau Malaya akan berkumpul untuk kem latihan pusat selama empat hari di Stadium Nasional, Bukit Jalil sebelum berlepas ke Dubai, UAE, Khamis ini.

Baca lagi artikel lain mengenai Tan Cheng Hoe dan Skuad Kebangsaan:

Isu Pemilihan Pemain, Kenapa Perlu Pertikai Tan Cheng Hoe Pilih Akhyar?

Sam Somerville Ikrar Mahu ‘Sedut’ Segalanya Bersama Skuad Harimau Malaya

Tan Cheng Hoe Buat Penstrukturan Semula Pemain Harimau Malaya

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN