Setelah skuad kebangsaan berjaya melayakkan diri ke Piala Asia 2023, kini ramai pemain tempatan mula memasang impian untuk mempamerkan aksi terbaik mereka agar dapat menarik perhatian pengendali Harimau Malaya – Kim Pan-gon.
Dengan masa masih panjang, Kim berpeluang untuk menilai para pemain dengan lebih teliti serta para pemain lain mempunyai peluang untuk membuktikan sesuatu agar mereka layak dalam senarai pemain negara.
Salah seorang pemain yang bersemangat untuk mewakili skuad kebangsaan ketika ini merupakan pemain sayap Kuala Lumpur City (KL City) iaitu Zhafri Yahya.
Zhafri dilihat memasang tekad untuk kembali menembusi skuad kebangsaan setelah sebelum itu, kelibat beliau dalam sesi latihan Harimau Malaya tidak berjaya memikat hati Pan-gon dan staf kejurulatihan lain.
77' GOL | Zhafri Yahya melepaskan voli "scissor kick" dari luar kotak penalti! What a goal!@KLCityFootball 3-0 @Penang_FC #LigaSuper2022 pic.twitter.com/oZmfiyncQm
— Malaysian Football League (@MFL_MY) May 10, 2022
Zhafri menganggap aksi pasukannya dalam saingan Piala AFC beberapa hari lagi dapat menarik perhatian pengendali dari Korea Selatan itu untuk menilai beliau sekali gus membuka ruang buat pemain ini kembali bersama skuad kebangsaan.
Walaupun begitu, Zhafri akui bukan satu tugas mudah untuk dirinya merebut slot bersama pasukan negara setelah menyedari para pemain lain juga telah mempamerkan peningkatan tersendiri dari segi corak permainan.
45' GOL | Top corner! Zhafri Yahya menambah gol keempat KL City sebelum tamat babak pertama.@KLCityFootball 4-0 @langkawicityfc #PialaFA2022 pic.twitter.com/1HQAh0OQzp
— Malaysian Football League (@MFL_MY) March 13, 2022
“Pemain mana yang tidak memasang impian untuk menyarung jersi skuad kebangsaan lebih-lebih lagi skuad negara kini sudah berada dalam kelasnya yang tersendiri selepas layak beraksi dalam pentas Piala Asia 2023 sesudah 42 tahun menanti detik bersejarah itu.
“Namun Pan-gon sudah pasti mempunyai perancangan yang lebih baik, tapi saya sesekali tidak akan putus asa, sebagai pemain saya perlu meningkatkan lagi prestasi dan memperbaiki kelemahan yang ada.
“Besar impian saya agar mampu memperagakan aksi terbaik dalam kancah Piala AFC yang bermula Jumaat ini selain kancah Liga Malaysia (Liga M),” katanya ketika ditemui Arena Metro selepas aksi Liga Super menentang Terengganu FC (TFC) kelmarin.
Sebelum itu, Zhafri pernah tersenarai bersama pemain lain untuk menjalani kem latihan pusat bersama skuad kebangsaan pada bulan Mac lalu bagi siri perlawanan persahabatan menentang Singapura.
Zhafri Yahya Tersenarai Ke Latihan Pusat Harimau Malaya
Baca penuh kenyataan daripada ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan Gon di https://t.co/kWihGImnNQ#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/CYhddYRwdQ
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) March 15, 2022
Namun segalanya dilihat tidak menjadi buat Zhafri bersama skuad kebangsaan apabila beliau menjadi salah seorang daripada pemain yang tidak terpilih dalam aksi kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini.
Untuk rekod kelibat pemain berusia 27 tahun itu telah berjaya meledak empat gol keseluruhan bersama KL City musim ini dengan tiga gol dalam saingan Liga Super serta mencatat satu gol dalam persaingan Piala FA.