Habis Rehab Kanser, Brendan Gan Alami Kecederaan Pula Yang Paksanya Tangguh Penampilan Awal Musim ini

Brendan Gan Selangor FC kanser ACL kecederaan bangkit 2022

Sebaik tamat tempoh rehabilitasi dan rehat panjang selepas disahkan menghidap kanser testis, Brendan Gan dijadualkan akan kembali bermain pada permulaan musim tempohari, namun kecederaan jadi penghalang.

Perkara tersebut didedahkan oleh Pengurus skuad utama Selangor FC, Mahfizul Rusydin Abdul Rashid.

Tiga keadaan yang hampir memusnahkan karier Brendan Gan, namun beliau bangkit penuh inspirasi daripada ketiga-tiganya dan terma, “bagai burung phoenix bangkit dari abu” adalah amat tepat menggambarkannya.

Terma itu digunakan oleh pengulas perlawanan malam tadi apabila kapten Selangor itu berhasil mencetak gol di minit ke-7 untuk The Red Giants mendahului perlawanan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Tahniah buat pengulas perlawanan yang berjaya memahat jaringan Brendan dengan ayat yang padu!

Dua kali dirundung kecederaan ACL dan kemudian kanser pula, bukan kepalang ujian dalam hidupnya.

Selepas melalui saat sukar didiagnosis dengan penyakit kanser, Brendan mengalami kecederaan pula.

Namun, Brendan memiliki keazaman yang kuat yang membolehkan beliau sentiasa bangkit melawan. Kini, beliau telah kembali ke padang walaupun ia hanya untuk tempoh 45 minit sahaja, tetapi cukup bermakna.

Seperti mana luahannya dalam post-match reaction selepas menewaskan Sarawak United malam tadi, ia cukup menggambarkan kekuatannya untuk bangkit daripada kekecewaan dan memberikan segalanya di atas padang.

“Bola sepak adalah kecintaan terbesar dalam hidup saya dan beraksi itulah perasaan yang hebat sekali.”

“Bagi saya ia adalah perlawanan yang penuh emosi kepada saya dan keluarga setelah lama tidak dapat beraksi dan memungut tiga mata penuh telah menyelesaikan misi saya. Saya sentiasa memberikan 100% komitmen di atas padang dan mahu memungut tiga mata [dalam perlawanan.”

Brendan Gan, sejurus perlawanan Selangor-Sarawak United

Rupa-rupanya, Brendan mengalami kecederaan pada awal musim yang memaksanya melanjutkan rehatnya.

Menurut Mahfizul, Brendan sudah bersedia untuk diturunkan pada awal musim lalu selepas selesai dengan proses rehabnya. Proses rehabnya pula telah dilakukan dengan penuh sabar bersama jurulatih pasukan.

“Awal tahun 2022 menjanjikan kemungkinan kapten BG88 [Brendan] membuat ‘come back’ selepas lama berehat. Namun terpaksa ditangguhkan atas faktor kecederaan semasa ‘friendly game’ dengan ‘team’ PDRM.”

“Sikap ‘never give up’ beliau wajar diteladani. Sentiasa sabar, positif dan tabah dalam ujian hidup.”

“Abang bersaksikan segala jerih perih kapten BG88 untuk kembali menyarung jersi keramat Merah Kuning, memimpin pasukan Selangor FC malam tadi. Sesuatu yang memang dijangka dari seorang insan yang sentiasa positif dan bersemangat waja. Abang ‘salute’.”

Mahfizul Rusydin Selangor FC Brendan Gan
FOTO: FB Mahfizul Rusydin

Malah Mahfizul turut mendedahkan yang Brendan memang berada dalam perancangan skuad kebangsaan.

“Aura positif BG88 memang menjadi perhatian ‘team’ kejurulatihan KPG [Kim Pan-gon] dalam membentuk pasukan Harimau Malaya. Dalam beberapa perbualan dengan penolong jurulatih KPG, mereka berminat dengan prestasi semasa BG88 dan ‘leadership’ beliau, cuma BG88 belum ‘ready’.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN