Tirai Perpindahan Kedua Liga Malaysia 2022 Suram, Nilai Pembelian Cecah RM1 Juta Sahaja

Tirai jendela perpindahan kedua pemain dalam saingan Liga Malaysia 2022 ini dilihat sedikit hambar apabila tidak banyak pasukan membuat pertukaran pemain baharu setakat ini

Ia turut ditambah dengan nilai pemain import agak rendah berbanding awal musim.

Berbaki masa tiga hari sahaja lagi sebelum jendela perpindahan kedua ditutup, tidak banyak pembelian pemain import baharu dibuat oleh pasukan baik dari Liga Super atau Liga Premier.

Tirai perpindahan tersebut sudah dibuka sejak 28 Mei lalu, namun nilai pembelian pemain import secara keseluruhan hanya mencatat RM1 juta sahaja.

Effendi Jagan Abdullah selaku Pengarah Urusan Action Football Asia (M) Sdn Bhd mengesahkan perkara ini apabila mengakui tirai perpindahan kedua kali ini sangat perlahan berbanding sebelum itu apabila hanya beberapa pasukan sahaja rancak membeli import baharu untuk memperkuat kelab.

Effendi berpendapat, perkara ini mungkin berlaku disebabkan setiap pasukan mempunyai kesedaran lebih tinggi untuk mengeluarkan wang semata-mata untuk berfokuskan import sahaja dan berbelanja mengikut keperluan tersendiri.

“Saya boleh katakan pembelian pemain kali ini biasa saja malah agak perlahan kerana pasukan cukup berhati-hati dalam perbelanjaan mereka bagi mengelak dihimpit tunggakan gaji.

“Malah, kita hanya dapat saksikan pasukan seperti Terengganu, Kedah Darul Aman (KDA), Sri Pahang dan Negeri Sembilan saja berbelanja dengan mengambil pemain baharu.

“Ada antara pasukan lain lebih berminat meminjam pemain dari pasukan lain daripada membuat pembelian kerana mahu mengurangkan perbelanjaan mereka,” katanya, ketika dihubungi Arena Metro semalam.

Setakat ini, Sri Pahang boleh dikatakan paling menonjol dalam jendela perpindahan kedua musim 2022 apabila mereka telah menukar tiga pemain import baharu serta berjaya mendapatkan seorang pemain tempatan untuk mengukuhkan skuad.

Tiga import baharu mereka iaitu Steven Rodriguez, Kevin Ingreso, Sherzod Fayziev, serta seorang pemain tempatan, Mior Dani Armin Mior Ariffin.

Kemasukan itu bagi menggantikan tiga pemain import mereka yang kurang memberi impak dalam pasukan iaitu Jonanthan Martial, Mahmoud Za’tara, dan Billy Ketkeophomphone.

Sementara itu, Negeri Sembilan pula hanya mendaftarkan dua pemain import baharu untuk memperkuat pasukan di jentera tengah dan serangan iaitu Yashir Pinto dan Gustavo Almeida setelah Kossi Adetu gagal mempamerkan aksi positif serta kecederaan dialami oleh David Mawutor sebelum itu.

Pasukan bakal bertanding dalam Piala AFC beberapa hari lagi iaitu Kedah Darul Aman (KDA) telah mendaftarkan dua pemain import baharu dalam misi untuk terus mengukuhkan skuad setelah sebelum itu mereka menggugurkan Jang Suk-won dan Dennis Buschening kerana masalah kecederaan.

Dua pemain import mereka kali ini bukan calang-calang apabila bekas tonggak kebangsaan Thailand, Sanrawat Detchmitr dan penyerang yang beraksi dalam kelayakan Piala Asia 2023 baru-baru ini bersama Jordan iaitu Mahmoud Al-Mardi.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN