Zaquan Adha Anggap Shakir Shaari Pemain ‘Nombor 6’ Terbaik

Shakir Shaari

Bekas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kelantan, Shakir Shaari, merupakan antara pemain tengah bertahan terbaik yang pernah bermain di Liga Malaysia.

Pengiktirafan itu diberikan penyerang Kedah, Zaquan Adha Abd. Radzak, yang menyifatkan Shakir sebagai individu yang diam-diam berisi namun cukup efektif apabila diberikan peranan pemain nombor 6 yang bersifat pelindung kepada barisan pertahanan.

Malah Shakir yang menjadi siulan ramai penyokong Kelantan ketika bermain di sana pada musim 2010 hingga 2013, juga seorang tidak mudah cemas dalam apa jua situasi selain mempunyai teknik permainan yang berkualiti.

“Terus terang saya cukup suka permainan Shakir kerana dengan adanya dia memegang peranan pemain nombor enam, saya rasa barisan pertahanan banyak dibantu oleh kekentalan Shakir.

“Dia seorang yang tenang dan boleh dikatakan wira tidak didendang kepada pasukan memandangkan peranan posisi seperti Shakir tidak banyak dilihat oleh peminat.

“Dalam masa sama, teknik hantaran dimilikinya sentiasa membuka ruang kepada rakan sepasukan dalam mencari jaringan dan ini menambah kualiti yang ada padanya.

“Saya sudah mengenali Shakir sejak di Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) lagi dan tahu kualiti yang dia ada, jadi saya setuju jika mengatakan dia adalah pemain tengah terbaik bagi posisinya itu pada zaman dia bermain terutama ketika mewakili Kelantan dan JDT,” katanya.

Embed from Getty Images

Best XI pilihan Zaquan Adha

Shakir Shaari berada dalam senarai Best XI Zaquan Adha pada minggu ini dalam formasi 4-5-1 dengan empat pemain lain di bahagian tengah ialah Safiq Rahim, Nazmi Faiz, Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh.

Bagi penjaga gol, Farizal Marlias terus menjadi pilihan sementara barisan pertahanan dibarisi Ching Hong Aik, Khairul Anuar Baharom, Aidil Zafuan dan Rizal Ghazali manakala penyerang pula milik bekas pemain import Negeri Sembilan, Christian Bekamenga.

Dalam pada itu, Zaquan turut memberikan penghormatan kepada Hong Aik dan berasakan bertuah kerana dapat bermain bersama dengannya pada awal pembabitan di Negeri Sembilan.

Walaupun mempunyai fizikal yang kecil, Hong Aik mempunyai semangat cukup tinggi di atas padang dan cukup mementingkan kecergasan sehingga dia masih mampu bersama Negeri Sembilan pada umur 37 tahun.

“Sukar untuk kita jumpa pemain berbangsa Cina pada waktu itu dan dia antara yang saya rasa kagum ketika mula-mula bersama Negeri Sembilan pada musim 2005-2006, iaitu tahun yang menyaksikan kami juara Liga Super.

“Dia adalah seorang yang begitu pendiam namun di atas padang, kita boleh merasakan kehadirannya kerana dia begitu bekerja keras demi pasukan,”

Kredit featured image: David Price/Arsenal FC via Getty Images

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN