Zaquan Adha Sah Sertai ‘The City Boys’

Selepas mengikat pemain asing daripada Timor Leste, Junior Aparecido Guimaro de Souza semalam Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) meneruskan rangka persiapan mereka untuk menghadapi saingan Liga Super Malaysia pada musim hadapan dengan membawa masuk bekas pemain Perak dan JDT, Mohd Zaquan Adha Bin Abdul Radzak.

Perkara situ disahkan sendiri oleh Zaquan melalui satu muat turun di dalam akaun media sosial instagram miliknya pada petang tadi.

Selain daripada Zaquan, KLFA yang juga merupakan juara 100Plus Liga Premier pada musim 2017, turut telah mengesahkan penyertaan bekas pemain tengah negara, Indra Putra Mahayuddin, serta pemain bek kanan Terengganu Mohd Firdaus Faudzi.

Menurut ketua jurulatih Kuala Lumpur, Fabio Magrao kesemua pemain yang telah menandatangani kontrak untuk beraksi bersama The City Boys dalam saingan Liga Malaysia pada musim hadapan akan diperkenalkan kepada umum tidak lama lagi.

Photo by Zulfachri Zulkifli /

Menjelaskan penyertaan Zaquan, Fabio Magrao dipetik sebagai berkata:

“Saya tahu Zaquan adalah pemain yang berkualiti kerana dia pernah menyarung jersi kebangsaan sebelum ini.

“Bagi saya pemilihan pemain berusia seperti Zaquan dan Indra Putra bukanlah satu risiko besar, asalkan mereka mempunyai kualiti yang diperlukan untuk memperkuatkan pasukan.”

“Saya percaya dengan pengalaman yang mereka ada. Pemain-pemain ini akan membantu ramai pemain muda dalam skuad ini menghadapi saingan pada musim depan dan saya yakin kualiti seperti ini amat diperlukan agar kami dapat bersaing di kelompok teratas liga,” katanya ketika dihubungi oleh wartawan Sinar Harian petang tadi.

Fabio turut mengesahkan Kuala Lumpur hanya akan menggunakan khidmat 4 pemain import pada saingan Liga Malaysia pada musim hadapan, walaupun peraturan yang ditetapkan oleh FMLLP membenarkan sehingga 5 pemain import.

KLFA telah mengekalkan Guilherme de Paula dan Paulo Josue, dan kemasukkan Juninho bermakna Fabio memerlukan seorang lagi pemain import untuk memperkuatkan skuad The City Boys.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN