Neymar, Cristiano Ronaldo & Lionel Messi Kejar Rekod Baharu UEFA Champions League

Perlawanan terakhir peringkat kumpulan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bukan sahaja penting dan bermakna buat pasukan-pasukan yang belum mengesahkan tempat. Malah ia turut dilihat relevan untuk beberapa pemain melakar rekod baharu.

Neymar, Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi bakal menjadi tumpuan pemerhati bola sepak dalam tempoh 2 hari ini berbekalkan reputasi masing-masing untuk mencipta rekod baharu.

1. Neymar Jr. (Paris Saint-Germain)

Neymar dan PSG akan berhadapan dengan Bayern Munich dalam perlawanan peringkat Kumpulan B pada awal pagi nanti.

Neymar yang kini sudah menjaringkan 6 gol dalam peringkat kumpulan berpeluang untuk muncul sebagai satu-satunya pemain yang menjaringkan gol dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Beliau yang telah menjaringkan gol dalam 5 perlawanan peringkat kumpulan sedang memburu jaringan dalam pertemuan terakhir menentang Bayern Munich sekaligus dilihat mampu melakar sejarah baharu UCL.

Bukan itu sahaja. Selain daripada jaringan, Neymar merupakan harapan PSG untuk mencatat rekod bersih kemenangan dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan.

Kali terakhir PSG berbuat demikian ialah ketika era George Weah pada musim 1994/1995.

Sekiranya Neymar atau rakan sepasukan yang lain mampu menjaringkan gol ke atas Bayern Munich nanti, ia sekurang-kurangnya akan membantu PSG muncul sebagai pasukan yang paling tinggi menjaringkan gol di peringkat kumpulan.

Berbekalkan 24 gol yang merupakan rekod baharu UCL, PSG telah memintas rekod Borussia Dortmund pada musim lalu yang telah meledakkan 21 gol di peringkat yang sama.

(Photo by TF-Images/TF-Images via Getty Images)

2. Cristiano Ronaldo (Real Madrid)

Cristiano Ronaldo dan Real Madrid akan berhadapan dengan Borussia Dortmund di Estadio Santiago Bernabeu pada awal pagi Khamis waktu tempatan.

Perlawanan terakhir menentang Borussia Dortmund dilihat amat signifikan dalam kariernya untuk menempa satu lagi sejarah.

Beliau kini dalam usaha memintas jumlah jaringan yang kini masih dikuasai oleh Lionel Messi. Dengan 60 jaringan, pemain ini masih merupakan penjaring terbanyak (perlawanan peringkat kumpulan) dalam sejarah UCL.

Namun demikian, rekod ini mungkin lebur sekiranya Ronaldo menjaringkan 2 gol lagi (kini 59 gol) dalam pertemuan terakhir peringkat kumpulan nanti.

(Photo by Power Sport Images/Getty Images)

3. Lionel Messi (Barcelona)

Lionel Messi dan Barcelona akan berhadapan dengan Sporting CP di Nou Camp pada awal pagi nanti dalam perlawanan Kumpulan D.

Sementara itu, Messi turut boleh mengelak dari dipintas Ronaldo, dengan syarat beliau harus menjaringkan gol dalam pertemuan menentang Sporting Lisbon, seterusnya mencipta penanda aras baharu dalam sejarah UCL.

Ronaldo yang telah menjaringkan 8 gol selepas 5 perlawanan dilihat mampu muncul penjaring terbanyak di peringkat kumpulan.

Beliau dipisahkan oleh 2 jaringan berbanding pesaing terdekat iaitu Harry kane, Wissam Ben Yedder, Edison Cavani dan Neymar, yang masing-masing sudah mencetak 6 gol.

(Photo by Xavier Bonilla/NurPhoto via Getty Images)

Rumusan

Mampukah Neymar, Ronaldo dan Messi memahat sejarah baharu di pertandingan UEFA Champions League? Ayuh kita sama-sama nantikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN