Zainal Abidin Berahsia Tentang Perubahan Taktikal Melaka United

Zainal Abidin

Pengendali Melaka United, Zainal Abidin mendedahkan yang satu perubahan drastik untuk taktikal telah dibuat dalam membantu mereka meraih dua kemenangan.

Sebelum CIMB Liga Super 2020 ditangguhkan akibat pandemik COVID-19, Melaka United tumbang dua perlawanan berturut-turut, tewas 2-3 kepada FELDA United dan 0-1 kepada Pahang. Mereka turut telah dipotong tiga mata sebelum itu.

Shhh… Ianya rahsia

Ketika ditanya pada sidang media selepas mengejutkan Terengganu dengan keputusan 1-0, Zainal Abidin mengakui yang beliau bersama barisan kejurulatihan telah berusaha keras memperbaiki dan mengubah taktikal skuad Hang Tuah.

“Saya tidak nafikan, ada satu perubahan drastik kepada taktikal yang saya lakukan. Saya juga beritahu pemain-pemain bahawa kemenangan adalah yang paling penting untuk mengubah kedudukan kita,” jelasnya kepada pihak media.

Sekembali daripada rehat yang panjang, Melaka United tampil mengejutkan Perak terlebih dahulu dengan keputusan 1-0 pada minggu lalu, sebelum sekali lagi berhasil menang tanpa dibolosi kepada Terengganu di halaman sendiri.

Melihatkan taktikal perlawanan, pengendali berusia 58 tahun itu menggunakan formasi 4-3-3 dalam kedua-dua perlawanan itu. Mungkin yang dimaksudkannya adalah arahan taktikal kepada pemain terutamanya di jentera tengah.

‘Kedudukan sekarang nampak baik’

Zainal Abidin turut berkata, “Kami kerja dua bulan lebih untuk mendapat acuan ini dan saya amat gembira sebagai jurulatih. Mereka telah menjalankan tugas dan dapat membawa apa yang kita rancang dalam perlawanan sebenar.”

Beliau turut berterima kasih dan memuji para pemainnya yang telah menunjukkan semangat berpasukan dan juga satu disiplin yang baik dan hasilnya mereka kini telah melonjak ke kedudukan ke-3 liga. Terutamanya di benteng pertahanan.

“Alhamdulillah, Jang [Suk-won] dan Razman [Roslan] telah menjalankan tugas dengan begitu baik sekali,” tambahnya lagi mengenai prestasi bentengnya selain turut memuji kesemua pemainnya yang berjaya mengikut perancangan.

“Disebabkan liga dipendekkan, di sini satu rancangan telah dibuat oleh saya dan barisan jurulatih. Kami bekerja untuk satu perubahan drastik taktikal ini. Tak perlu saya beritahu. Dan kedudukan sekarang nampak sangat baik,” tambahnya.

Penutup

Melaka United telah merekodkan kemenangan ke-4 dalam saingan musim ini, namun setelah ditolak tiga mata, skuad kendalian Zainal Abidin telah mengumpul sembilan mata. Minggu depan, mereka akan berdepan Selangor di tempat lawan.

Mereka berpeluang memintas Terengganu FC yang akan berdepan pendahulu liga, Johor Darul Ta’zim (JDT) – sekiranya Sang Penyu tewas kepada lawannya itu.

KREDIT FEATURED IMAGE: MELAKA UNITED SA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN