Zaha: “Untuk Apa Melutut Kalau Langsung Tiada Perubahan?”

Wilfried Zaha

Pemain Crystal Palace, Wilfried Zaha membidas gerakan Black Lives Matter yang dilihat tidak membawa perubahan terhadap isu perkauman kepada warga kulit hitam.

Sejak musim lalu, pemain-pemain di Premier League akan melutut sebelum perlawanan dimulakan untuk memberikan mesej anti-perkauman yang jelas kepada dunia.

Namun, selepas ianya dilakukan untuk beberapa ketika, Zaha sudah mula berasa ianya tiada lagi gunanya.

Menurut laman Evening Standard, Zaha berasakan tindakan melutut itu tidak lebih daripada sekarang menjatuhkan maruah sahaja.

“Untuk apa saya melutut untuk tunjukkan mana satu perkara yang penting?”

“Kenapa saya perlu pakai lencana Black Lives Matter di belakang baju untuk tunjukkan yang kami ini penting? Benda-benda macam ni hanya jatuhkan maruah kami sahaja.”

Tambah Zaha lagi, beliau memilih untuk menolak melakukan temuramah yang menyokong gerakan tersebut kerana ianya tiada guna baginya.

Pada hemat Zaha, jika beliau melakukan sedemikian

“Ramai orang nak saya cakap mengenai Black Lives Matter tetapi saya tak mahu buat jika nanti ianya hanya akan buat orang fikir ‘oh Zaha sudah menyokong gerakan ini’.”

“Saya tak akan buat lagi melainkan berlaku perubahan. Saya tak akan datang berbual mengenainya kerana itu. Seperti temuramah-temuramah yang dilakukan sebelum ini.”

Zaha berterusan menerima serangan perkauman dengan kanak-kanak berusia 12 tahun bertindak membuat perkara terkutuk itu kepadanya.

Selain Zaha, Anthony Martial, Recce James dan Marcus Rashford turut menerima nasib yang sama.

Baca juga artikel kami mengeni Premier League:

10 Perseteruan Terpanas Antara Pemain Pernah Berlaku Di Premier League

Rekod Thomas Tuchel Lawan Kelab Inggeris Sebelum Ke Premier League

Siapakah 5 Pengurus Termuda Di Premier League Musim 2020/21?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN