‘Yakin Man United Boleh Juara’- Varane Kena ‘Bahan’ Selepas Diaibkan Galatasaray

Raphael Varane sepertinya bakal menyesal dengan kenyataan yang beliau buat sebelum aksi bertemu Galatasaray dalam saingan Champions League awal pagi tadi.

Pemenang Piala Dunia bersama skuad kebangsaan Perancis itu teruk kena bahan selepas skuadnya tewas 3-2 di tangan gergasi Turki, Galatasaray.

Kesilapan demi kesilapan yang dilakukan oleh para pemain Man United telah dihukum oleh pasukan pelawat dan jelas sekali keputusan perlawanan tersebut mengecewakan peminat.

Manchester United juga turut perlu bermain dengan 10 orang pemain selepas pemain midfield mereka, Casemiro dilayangkan kad merah.

Andre Onana turut dipersalahkan sebagai punca mengapa Casemiro dilayangkan kad merah dalam perlawanan tersebut.

Barisan pertahanan Manchester United juga turut dihentam teruk atas kesalahan mereka membenarkan Mauro Icardi meledak gol kemenangan untuk Galatasaray pada minit ke-81 permainan.

Kekalahan dihalaman sendiri jelas sekali tidak disenangi oleh para peminat dan rata-rata dari mereka sangat kecewa dengan persembahan yang dipersembahkan oleh para pemain.

Para pemain juga tentu saja kecewa dengan keputusan perlawanan tersebut kerana mereka jelas sekali mahu mencatatkan kemenangan dalam perlawanan itu seterusnya menjuarai saingan Champions League musim ini.

Hal itu telah didedahkan sendiri oleh Raphael Varane yang dengan yakinnya menegaskan bahawa Manchester United boleh bergelar juara pada musim ini.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan oleh bekas bintang Real Madrid itu sebelum aksi bertemu Galatasaray.

Jelas sekali selepas melihat Man United tewas, para peminat terutama penyokong pasukan seteru akan mengungkit semula komen dari Varane itu.

Bercakap ketika sesi sidang media sebelum perlawanan, Varane telah ditanya adakah Man United boleh menjuarai saingan Champions League musim ini atau tidak, dengan beliau kemudiannya menjawab:

“Ya, saya rasa begitu, saya rasa skuad ini ada kualiti itu. Persaingan agak sukar, kamu perlu ambil peduli tentang segala hal, namun kita memang ada sebuah skuad yang berkualiti dan memiliki mentaliti yang menakjubkan.”

“Kita perlu lakukan beberapa penambah baikkan, ia bukan satu permulaan musim yang kami harapkan, tapi saya masih percaya yang kami ada kualiti untuk bersaing dengan kelab-kelab terhebat di dunia.”

“Saya rasa persaingan sebenar adalah tentang perincian-perincian dan kamu perlu lebih efisyen untuk menang pertandingan ini.”

Varane kemudiannya menambah lagi dengan menyatakan:

“Perincian sangat penting dalam saingan Champions League dan kamu memang perlu efisyen untuk menang. Di saat-saat akhir, kita perlu lebih efisyen lagi.”

“Agak jarang untuk kami bolos dan kami perlu mencipta lebih banyak peluang untuk jaringkan lebih banyak gol. Itulah realiti untuk level yang lebih tinggi.”

“Kamu perlu lebih efisyen untuk menang Piala. Kami ada kualiti itu dalam skuad skuad untuk menang pertandingan ini. Kami perlu terus maju dan perbaiki kelemahan yang ada.”

Sebaik tamat aksi kekalahan Man United bertemu Galatasaray, para peminat di media sosial dengan segera ‘membahan’ bintang Perancis itu.

Peminat bahkan meremehkan kenyataan tersebut selepas melihat Man United tewas kepada kelab yang tidak dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi pertandingan tersebut.

Peminat turut yakin dan percaya yang Manchester United berkemungkinan tidak akan layak ke peringkat seterusnya dan mungkin akan mengakhiri saingan peringkat kumpulan di kedudukan tercorot.

Namun memandangkan pertandingan masih panjang, tidak ada yang mustahil untuk berlaku, mungkin saja Man United boleh menang baki semua perlawanan, seterusnya bergelar juara musim ini.

Adakah kenyataan Varane masih boleh diterima? Adakah Man United masih berhak dianggap sebagai calon juara? Bincangkan diruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN