Ketajaman Darren Lok Sedia Kecewakan Kelab Gergasi Indonesia

Kelibat penyerang berbisa Sabah iaitu Darren Lok antara yang bakal menjadi tumpuan utama membabitkan pasukan tersebut untuk aksi kedua saingan AFC peringkat Kumpulan H malam ini.

Untuk aksi seterusnya ini, Sabah bakal berkunjung ke Stadium Kapten I Wayan Dipta untuk menghadapi gergasi dari Indonesia iaitu PSM Makassar bagi menentukan tiga mata penting buat kedua pasukan terbabit.

Sabah sebelum itu memulakan kempen saingan AFC dengan langkah kanan, selepas pasukan tersebut mudah mengatasi wakil dari Singapura iaitu Hougang United menerusi kemenangan 3-1 di Likas.

Pada aksi tersebut, Darren tampil dengan begitu menyakinkan di posisi serangan selepas berjaya meledak dua gol selain Gabriel Peres membuka jaringan awal permainan.

Pelawat pula hanya memperoleh satu jaringan tunggal sahaja menerusi bintang import mereka dari Jepun iaitu Kazuma Takayama pada minit ke-61.

Bagi aksi malam ini, dijangka ianya lebih sukar buat Sabah kerana PSM Makassar berkelebihan beraksi di laman sendiri yang pastinya akan mendapat sorakan padu daripada penyokong setia mereka.

Malah, pasukan tersebut juga sudah tentu ingin mencipta kebangkitan selepas mereka mengalami kekalahan 0-3 di tangan wakil Vietnam iaitu Haiphong FC.

Daripada segi prestasi semasa, Sabah lebih unggul berbanding PSM Makassar yang sudah pun tewas sebanyak tiga kali berturut-turut bersama aksi tidak menyakinkan.

Pemain tumpuan untuk malam ini terarah kepada Darren yang dijangka bakal meneruskan momentum semasa bagi mendapatkan jaringan buat Sabah di gelanggang lawan.

Daripada tiga perlawanan terakhir dihadapi pasukan tersebut, penyerang kebangsaan itu sudah pun meledak tiga jaringan secara keseluruhan, dan Datuk Ong Kim Swee berkemungkinan akan terus menyenaraikan Darren sebagai penggempur utama The Rhinos.

Kelebihan Darren pastinya terarah kepada kekuatan fizikal serta keupayaan beliau untuk menekan pertahanan lawan sepanjang aksi berlangsung, selain klinikal di hadapan gawang gol.

Bersama Ramon Machado di posisi hadapan, kedua pemain ini berjaya mencipta kombinasi serangan yang cukup berbahaya kerana masing-masing cukup lincah serta tajam menerusi kualiti penyudah dimiliki.

Apapun, semoga Sabah dapat mengumpul tiga mata kedua mereka di pentas AFC sekali gus terus mengharumkan nama pasukan serta negara di tempat lawan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN