Sentuhan Berbisa Darren Lok Jadi Tumpuan Pada Aksi Perak Menentang Sabah

Kelibat penyerang berbisa Sabah iaitu Darren Lok antara yang menjadi tumpuan untuk aksi hari ini membabitkan pasukan tersebut menentang Perak bagi saingan suku akhir kedua Piala Malaysia 2023.

Sebelum itu, kedua pasukan tersebut saling terikat seri 2-2 ketika aksi suku akhir pertama berlangsung di Likas dengan masing-masing menampilkan aksi cukup sengit bagi mencipta kemenangan.

Perhitungan kedua pasukan tersebut akan bersambung pada malam ini dengan Perak dan Sabah masih lagi berpeluang untuk memburu slot terakhir ke pusingan separuh akhir saingan tersebut.

Atas kertas, Sabah masih lagi merupakan pasukan pilihan ramai selepas reputasi dimiliki mereka serta barisan pemain cukup berpengalaman untuk mengatasi tuan rumah.

Namun, Perak juga tidak boleh dipandang rendah kerana pasukan tersebut bakal menggunakan kelebihan beraksi di gelanggang sendiri sebagai pemangkin semangat buat mereka sepanjang tempoh terakhir 90 mini aksi suku akhir ini.

Antara pemain yang bakal menjadi tumpuan pada perlawanan malam ini pastinya terarah kepada Darren Lok yang dianggap berada prestasi terbaik sejak kebelakangan ini selaku penggempur Sabah.

Daripada dua perlawanan terakhir disertai Lok bersama The Rhinos, pemain itu sudah pun meledak tiga jaringan untuk membuktikan ketajamannya masih lagi unggul selaku antara penyerang tempatan.

Lok antara yang menjaringkan gol ketika Sabah terikat seri bersama Perak pada perlawanan sebelum itu, serta meledak sebanyak dua kali sewaktu mereka menewaskan Hougang United bagi saingan Piala AFC.

Pastinya Datuk Ong Kim Swee melihat pemain ini sebagai suatu percaturan penting untuk memastikan posisi serangan Sabah pada perlawanan seterusnya itu berjalan lancar dalam usaha mereka mendapatkan kemenangan.

Setakat ini, penyerang kebangsaan itu juga berjaya mencipta keserasian cukup baik di posisi serangan utama Sabah bersama seorang lagi pemain import mereka iaitu Ramon Machado untuk mengkucar-kacirkan pertahanan lawan.

Kelebihan pemain ini sudah tentu terarah kepada ketajamannya yang cukup berkualiti di hadapan gol, selepas Lok menjadi antara penyerang cukup klinikal menyudahkan setiap peluang terhidang.

Selain itu, beliau juga antara yang sering memberi ancaman buat pertahanan lawan menerusi tekanan tinggi diberikan untuk merosakkan disiplin mereka sehingga ruang terbuka bagi mendapatkan gol.

Adalah sesuatu yang menarik untuk perlawanan malam ini disaksikan jika Lok mampu mengekalkan momentum semasanya yang cukup bagus untuk terus mencatat nama selaku penjaring gol buat Sabah pada musim pertamanya bersama pasukan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN